30 January 2011

Ahad yang sejuk...

Hari ini hari Ahad... Aku masih di Kolej.... Semua orang dah balik rumah masing-masing. Sedang bergembira bersama keluarga tercinta.. Hujan turun renyai-renyai... Menunjukkan bahawa ia mungkin lambat atau tidak akan berhenti... Aku buntu.... Semalam aku telah merancang untuk keluar bersendirian tapi tanpa tujuan..... Apa yang hanya aku mampu pada ketika itu adalah duduk dihadapan laptop sambil membuka Facebook.... Ye., Facebook la teman hidupku sepanjang hari.

Jam hampir menunjukkan pukul 11:30am... Hujan masih renyai-renyai seperti pagi tadi. Aku post "hujan spt xbg aku kluar.. aiyo~~" di Facebook... Paling menggembirakan hati ku adalah apabila Aeriz Kazama @ Aizat comment post ku itu dengan kata-kata yang lazim di taipnya setiap hari iaitu, "Jom Keluar Jalan-jalan..... yeay!!!".......... Jeng3!!! Good idea.... walaupun hujan tapi masih boleh keluar.... Apa lagi, tanpa ragu-ragu, aku terus ber'Chatting' dengannya lalu mengajaknya keluar.. Namun malangnya, bapanya sedang menggunakan kereta "Ferari"nya itu.

Jam12:00pm.... aku cuba mengajak Nolie untuk keluar bersama-sama.. Hanya dia dalam fikiranku kerana dia juga ada menyatakan yang dia juga kempunan ayam sepertiku... haha... yess... Ade geng... Setelah menyatakan persetujuan, akhirnya aku cuba mengajak Aizat untuk kedua kalinya. Akhirnya dia setuju....

Jam 1:45pm.... "Aku dah gerak sekarang. Lagi 30 minit aku sampai" Aizat message aku.... Aku dan Nolie bersiap. Jam 2:15 Aizat tiba diperkarangan KTP.... Kami berbincang dan akhirnya bersetuju menuju ke ALAMANDA PUTRAJAYA.....

Tempat letak kereta di Alamanda sudah PENUH di bahagian UTARA... Aizat terpaksa memandu "Ferari"nya ke arah parking SELATAN..... Di saat sedang mencari parking, Aizat mengeluh.. Aku serba salah. Takut dia ada komitmen lain. hmmm.... Alhamdulillah, dia free ketika ini...

Setelah menjumpai parking yang sesuai, kami masuk ke dalam Alamanda. Sejuk menguasai diri kami. Kami terus menuju ke arah panggung wayang. Kami bersepakat untuk menonton cerita 'HAQ'..... Walaupun pada ketika itu, cerita tersebut telah pun 10 minit ditayangkan.

Sejam berlalu, kami mula mengeluh... Kesal kerana memilih cerita yang membosankan ini. Aizat hampir tertidur ketika menonton... Nolie pula asyik ketawa mengenangkan kebosanan cerita tersebut. Aku pula hanya mampu melihat karenah kedua-dua kawanku itu...

Setelah selesai menonton, kami terus ke KFC.... Aku & Nolie kempunan KFC.. Aizat hanya mengikut sahaja rentak kami....

Lepas makan, kami berjalan lagi.. Nolie suka tgk kasut2 yang terpapar di setiap kedai kasut disitu... Maaf lah Nolie.. Aku bukan kaki Shopping... haha..... Sedang kami berjalan-jalan, tiba-tiba, aku terdengar bunyi gendang sedang di mainkan... ya.... Tarian Naga diluar sana... Walaupun aku teringin menonton Tarian Singa, tapi Tarian Naga pun cukup menghiburkan hatiku....

Hari semakin gelap. Jam ditangan menunjukkan waktu sekarang iaitu 6:30pm... Kami perlu pulang.... Aizat redha mengikut tentatif kami... Dengan yakinnya bergerak menuju kearah parking...

Oppps... terlupa... terlupa nak bayar tiket parking... Kami terpaksa patah semula mencari AutoPayMachine. Done!!!!

Sejuk dengan aircond kereta.. Kami semua hanya diam membisu.. Seronok dalam dia barangkali....

Jam7:00pm, kami sampai ke kolej. Ucapan terima kasih kepada Aizat kerana sudi membawa kami bersiar-siar di Alamanda.

Sangat seronok kerana inilah kali pertama aku mengajak Aizat tanpa rasa segan kerana ingin keluar dikala hujan sednag turun.. Maafkan aku Aizat sekiranya hari ini aku mengganggu hidupmu... :)

1 comment:

amerhakim said...

singgah sini..jmput ke blog saya

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...