03 March 2014

Siapa TERPILIH menduduki peperiksaan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29 pada 8 Mac 2014 ni?

Assalamualaikum wbt blogger semua!

Ada pengumuman penting ni!

Baru-baru ni SPA telah umumkan calon-calon yang layak untuk menduduki 

PEPERIKSAAN PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT Gred F29.


Ada sesiapa yang berjaya TERCALON tak?

TAHNIAH jika korang antara yang terpilih sebab kali ni hanya 5,000 calon sahaja terpilih

untuk jawab exam kali ni.

Jangan buang masa lagi sebab anda mungkin antara yang terpilih daripada 5,000 calon tu
untuk memegang jawatan sebagai Penolong Pegawai Teknologi Maklumat tu.

Okey, sebelum tu, jom kita usha apa maklumat yang perlu anda tahu 
sebelum memegang jawatan ini:

Kumpulan: Sokongan

Kem/ Jabatan: Jabatan Perkhidmatan Awam

Jadual Gaji:








Syarat Lantikan:
Diploma dalam bidang sains komputer atau teknologi maklumat yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
[ Gaji Permulaan: RM1,746.00 ]
Diploma dalam bidang kejuruteraan elektronik (komputer) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[ Gaji Permulaan: RM1,820.89 ]
Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan :
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Juruteknik Komputer adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk KPSL ke jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
i:Mempunyai kelayakan di atas; dan
ii:Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
Deskripsi Tugas :
Bertanggungjawab membangun program baru untuk sesuatu sistem gunaan komputer, memperkembangkan sistem komputer yang sedia ada bagi memenuhi keperluan semasa, penyelenggaraan sistem dan memberikan latihan serta bantuan teknikal kepada pihak pengguna.

PERHATIAN..!
============

Jika anda antara yang terpilih untuk menduduki peperiksaan bertulis
Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29 pada 8 Mac 2014 ni,









Jom dapatkan
PAKEJ RUJUKAN LENGKAP 
PEPERIKSAAN PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT disini:


KLIK ===>> YA SAYA CALON EXAM 8 MAC 2014 ni!


Saya nak ucapkan GOOD LUCK untuk anda semua!


Sila baca semua panduan-panduan yang terdapat dalam pakej rujukan ni
supaya anda adalah antara CALON yang LULUS ke peringkat TEMUDUGA
dan seterusnya menjawat JAWATAN ini nanti. INSHA ALLAH!

Sekian,

Ikhlas,
Cik Ziera

Jom add FB saya: www.facebook.com/zieraazlan

04 November 2012

Kellie's Castle - Castle of Undying Love & Tragedy -tempat bersejarah yang jarang kita dengar~

Assalamualaikum.....

KELLIE's CASTLE... pernah dengar tak tempat ni??
Letaknye di Batu Gajah, Perak...
Oghang Perak mesti dah familiar dengan tempat ni kan...

Actually, minggu lepas (28 October 2012), ade kenduri anak kawan abah kawen kat Akademi KTMB yang terletak di Batu Gajah... Haaa~ ni gambar kami kat Akademi KTMB.. ^__^


Selepas kenduri, kitorang melawat Kellie's Castle yang letaknye berhampiran je kt situ... Seriously saya tak pernah tahu pun kewujudan istana ni & cerita disebalik istana ni... hurm~ Setelah dikaji-kaji dengan menggunakan perkhidmatan Uncle Google, oooo baru la saya tau.. ade cerita sebalik nye.... Jom tengok sedutan National Geographic kt bawah ni.. Saya try cari kt youtube, jumpe pulak.... heeee~
(ni kes malas nak taip panjang2... bukan orang suke baca pun...)







__________

Okey2... Jom tengok pic kitorang kat sekitar Istana tu pulak... Bayaran masuk RM3 (untuk budak sekolah) & RM4 (untuk dewasa)....

Menarik gak lokasi ni untuk penggambaran... Cantik dengan pemandangan & binaan lama yang berusia hampir 100 tahun...

Pemandangan dari luar. Cantik kan..?
Selamat Datang..!


Inilah Kellie's Castle yang hampir siap dibina oleh William Kellie's Smith.

As usual... Posing dulu la..hehe~


Koridor ni sering dibayangi kelibat William Kellie Smith.
Baca bawah ni...
|
|
V



ni rumah Keluarga Kellie dimana disini la tempat mereka menginap. Dan Istana tu dibina berhadapan je dengan rumah diorg ni...

Ni dapur rumah Kellie... Yang ade lubang kat dinding tu adalah bekas oven.




Nak jugak tengok ape ade di atas tu.... Gayat jugak...


Dipercayai, sekiranya tempat ni siap, ia akan dijadikan sebagai tapak untuk berparti.

Bilik ni misteri sikit... Kelihatan kelibat Helen (anak perempuan William Kellie Smith) menjelma di bilik ni dengan berpakaian blouse putih dengan rambut kerinting... Scary kan... Nasib baik kami pergi waktu siang..



Haaaa~ ni la potrait William Kellie Smith, orang yang membina Istana xsiap ni... Dikatakan, dia mati ketika ingin mengambil model Lif kat tempat dia (xingat nama tmpat)... Kalau lif tu berjaya dipasang, itu la lif pertama kat Tanah Melayu pada ketika itu.. Tapi malangnye, hasratnye tak kesampaian.. Beliau mati ditengah2 jalan.. Sebab tu la Istana ni tak sempat siap... kesian... Hasrat tak kesampaian....



Ni keratan akhbar yang ditampal kat kaunter tiket. Konon2 nye nak kasi kite ade mood seram sikit la bile masuk dalam... Tapi sebenarnya, seriously... Tak seram pun... lalalalala~

___________


Okey la... untuk lebih info mengenai Kellie's Castle, sila2 la google ye.. hehee~
BTW... Thanks a lot sebab sudi jenguk BLOG kite... kikiki~

Have a nice day, ya!

bye2.... wassalam~

28 September 2012

hehe~ saya nak popular jap boleh tak??

Saya ni pemalu sebenarnya...
Tapi kadang2 bila datang MooD GiLeR...
Camni la jadinya...

Apa2 pun, best sangat2 sebab dikurnikan adik2 yang sporting & ikut je cakap KakLong dia ni...
kikiki~

Apa lagi... Jom la tengok video2 COVER saya ni...

Malangnye, gitar tak pandai saya nak main...
Main petik2 je boleh la..
Ada jugak try nak belajar... Tapi tergeliat jugak la tangan ni... Adoiyai~
Untung ada adik lelaki yang berminat nak belajar main gitar dari abah..
Ahhaaa~ Actually abah dan adik beradik dia yang lain ada darah muzik & kebudayaan sikit...

Dan sekarang asyik duk melepak main gitar dengan kawan2...
Biasala tu... Budak 16 tahun.. Baru nak cari identiti kan... Baru nak up la katakan...
Biarkan la... Dah minat dia ke arah tu...
Dan dia pernah nyatakan hasrat hati dia nak sambung belajar dalam aliran Muzik jugak..
Harap abah izinkan sebab abah pernah berkata....
"Jadilah ahli muzik yang berpendidikan tinggi.."

Enjoy this... (Malu tapi mahu...)

AKU SUKA DIA
Original artist: Ainan Tasneem



PATAH SERIBU
Original Artist: Shila Amzah




TIDAK MUNGKIN KU BERPALING
Original Artist: SLAM




PS:: Yea.. Yea saya nampak gedik di situ.... hehehe~ Well~ Itu la saya... (terima kenyataan)

********








21 September 2012

Pengalaman Pertama Kene Bedah di Klinik Gigi... Pergh~ GERUN!

Assalamualaikum wbt...

Hye kawan2...
Apa khabar?? Sihat?
Errr~ sebenarnya saya kurang sihat ari ni...
Opps... bukan demam atau skit-sakit badan, tapi......

****

Orang selalu kata,"Uhhh~ lebih baik demam dari sakit gigi...."
Memang betul kata mereka...
Sekarang saya sendiri yang alami sakit tu...

Actually, sakit gigi ni dah lama saya alami, hampir setahun jugak la...
Saya mula perasan masa tamat latihan SUKSIS bulan 7 tahun lepas..
Tetibe saya rasa sangat sakit... berdenyut2 dibahagian gigi geraham paling bongsu di bahagian kiri...
Memang tak dapat nak cakap la camne sakitnye....

Tapi, sakit tu datang sekejap sekejap....
Makanye, saya selalu abaikan saja sakit tu macam tu je...
Alhamdulillah, gigi ni dah tak sakit selepas tu....

Setahun selepas tu, SAKIT gigi yang berdenyut2 tu datang lagi...
Selalunya sakit tu datang malam-malam, ye.. masa nak tidur..
Sampai terasa nak menonggeng pun ada sebab nak tahan sakit...
Sakit tu mula jadi lebih kritikal baru-baru ni...

Pada 15 September (Sabtu), akhirnya saya memberanikan diri membuat pemeriksaan gigi di Klinik Mazura yang terletak di Senawang.
Saya cuba dapatkan nasihat doktor terhadap gigi geraham bongsu saya yang sakit tu...
Kene cabut, bedah atau tampa sahajal???

Ok... saya akui... ni first time saya ke Klinik Gigi...
Masa kecik-kecik dulu, semua gigi susu saya yang cabutkan sendiri, adalah dalam 2,3 batang yang mama atau abah cabutkan.....
Memang rasa seram.. Yela... nama pun first time kan...

Masuk je SURGERY ROOM....

Doktor: Hai.. Hazirah... Apa masalah awak?
Saya: Hai... Saya ada masalah dengan gigi geraham bongsu saya... sejak dua menjak ni, saya rasa sakit     berdenyut-denyut...
Doktor: Okey, Hazirah duduk... Biar doktor periksa.... (sambil mengambil barang dan memeriksa gigi saya..)..... Errr... ni dah teruk sangat ni... Memang tak boleh tampal ni... Kene operate ni...
Saya: Alamak... operate??? Sekarang ke??
Doktor: Tapi, kami tak OPERATE pada hari minggu.. Awak boleh datang hari biasa untuk pembedahan tu ye... Jangan risau, kami akan beri 2 hari MC.... So, kalau confirm, kite buat hari Khamis ye...
Saya: Ok la kalau camtu... Saya book dulu appointment untuk hari khamis ni...
Doktor: Tapi, sebelum tu, doktor kene cabut geraham atas supaya bila nak cabut yang bawah, yang atas tu tak mengganggu...
Saya: Errr... ok..tapi gigi atas tak sakit pun.. hurm.. ;(

********

Hari pembedahan pun tiba.... Appointment dengan Dr. Mazura adalah pasa pukul 4 pm.
Memang menakutkan... salah satu punca saya menjadi sangat-sangat takut ialah apabila saya tergerak hati nak tengok video ni....:



Menyeramkan kan???

Ni gambar keadaan gigi saya sebelum dan selepas di cabut/ dibedah...




Kalau nak cerita pasal saat2 dibedah tu... Memang menakutkan la....

1) Spray- untuk bagi mulut jadi kebas...
2) Bius- bius dibahagian gusi yang berhampiran dengan gigi yang sakit dan ingin dicabut..
3) Proses bedah gusi- masa ni doktor kene pastikan yang kite tak rasa apa-apa langsung... Kalau still rasa pedih atau ngilu, doktor perlu beri lagi bius smpai kie tak rasa apa-apa... (masa ni memang hampir 5-6 kali la  doktor ulang nak cucuk bius sebab saya asyik terasa pedih dan ngilu)..
4) Masa gusi nak dibedah tu, memang saya sangat2 rasa ada percikan darah di sekitar lidah sebelah yang tidak dibius... Pergh~ rasa darah kan macam besi... nak telan tapi geli... nasib baik doktor sedut gune mesin sedut tu...
5) Last sekali proses cabutan atau pemisahan akar gigi dari gusi... Time tu memang terasa ada tekanan... Tak pasti apa yang doktor buat time tu, tapi sangat2 tension dan menyakitkan... rasa nak lempang orang pun ade...
6) lepas cabut- saya tanya doktor "dah cabut ke???" bile doktor kata DAH... Pergh~ happy gile saya time tu... terus saya ucapkan Alhamdulillah sambil mnyapu tangan ke muka.... Seksa betul nak tunggu 30 minit tu berakhir..... uhhh~
7) Cucian dan jahitan- yang ni memang tak sakit langsung.... cume yang gerun sikit bile terdengar perbualan antara doktor dan pembantu2 nye... "benang ni benang baru ea? macam besar sikit la dari biasa kn.." Apa?? Besar??? ish3...!

Alhamdulillah... pembedahan telah berjaya dijalankan.... Bayaran adalah sebanyak RM350... Saya sanggup bayar pun sebab 2 benda....
1) boleh Claim dengan Company... (company bagi RM600 setahun untuk dental & RM800 setahun untuk medical)... best kan???
2) tak mahu tanggung kesakitan lagi.... TENSION tau...!

nak tau kadar harga untuk perkhidmatan pergigian yang lain, baca ni:



Dan yang paling best, dapat MC 2 hari....
Yang paling tak best, kene pantang 2 hari..... huhu~

Pantang selepas pembedahan:
1) dilarang minum air panas... mesti minum air sejuk.. ais lagi bagus.
2) dilarang makan pedas dan pejal... kalau boleh makan bubur sahaja untuk 2 hari je...
3) wajib abiskan ubat antibiotik dan ubat tahan sakit.

***************

Nasihat saya:
Jika korang rasa sakit di geraham bongsu, cabut je la... Geraham bongsu kadang2 tu bukan ade ape2 fungsi pun.... Tak sakit pun  sebenarnya, cume selepas ubat bius abis slpas bedah tu, rasa sakit sikit sebab kene jaga jahitan.... Yeay... tak sabar nak hidup cm biasa... nak makan macam2... hehe~


ok la... goodbye...
Assalamualaikum...
PS: maafla kalau ade yg geli... Yg penting saya nak kongsi pengalaman saya..... Daaaa... :-P

02 August 2012

Budak sekolah dibenarkan bawak handphone?? Relevan ke??

Assalamualaikum wbt......

Ingat tak masa kite kecik2 dulu.... Benda paling canggih yang kite ade pun hanya la komputer (PC) je... Tak pun game yg gune tape yg boleh main kt tv... Tu pun kene gaduh dgn org lain yang nak tengok tv.... Henset pulak besar gedabak... Bak kata abah saya la.... Campak kt anjing pun boleeh mati anjing tu.... Betapa besar n kerasnya henset zaMan dulu kala kan.... Oppppsss.... Lupe nak mention..... Apa yang saya cerita kat atas ni utk mereka yg sebaya saya la... Maybe yg lahir tahun 80an..... Heeee......

Ok la.... Pagi tadi ada baca paper Metro.... Ada satu artikel tu menarik perhatian saya.... Yela... Pasal budak sekolah BAKAL dibenarkan bawak henset g sekolah..... Hurm.... U all rasa relevan ke?? Perlu ke tak perlu utk diorg bawak henset g sekolah.....

Berdasarkan pengalaman saya masaa belajar kt UPM dulu... Belajar dlm kelas sambil main henset memang boleh membuatKan kita hilang fokus.... Lagi2 ketika pembelajaran ketika kuliah atau tutorial... Tu ok lagi sebab budak U pandai pikir sendiri....

Cube bayangkan kalau budak sekolah yang bawak enset... Lagi2 yang canggih2.... Tak tau la jadi ape kan. Jom kite tengok pro & cons nye.... PRO - Boleh gune untuk call mak ayah lpas sekolah... Xpayah susah payah kumpul duit syiling.... -Kalau demm/ sakit, boleh call mak ayah suruh datang ambil.. CONS -budak jadi leka -Tak fokus sebab terlalu asyik dgn phone masing2.... Paling kurang pun main SMS dengan bf/gf/ rakan sekelas... -wujud kes tiru meniru lagi2 time exam.... Skrang kan dah banyak henset yg siap dengan kamera.... Haaa... Lagi la... -Kalau pasal kamera, memang akan wujud kes tinjau2 kawan kt toilet... -Of cos la akan ade kes kecurian... Enset semua canggih2 skarang ni... Siapa xnak amik kn... Hehe.... So, kalau ikutkan saya la.... Terlalu banyak yg negatif berbanding positif... Tekau??? Baiklah.... Actually kalau nak benarkan budak sekokah bawk henset pergi sekolah...., perlu ade disiplin la dikalangan murid dan guru... Contohnya:: 1) Pelajar hanya dibenarkan mengguna henset masing2 ketika waktu rehat dan ketika tamat waktu sekolah sahaja.. 2) Perlu melantik AJK didalam kelas masing2 yang tugasnya khusus untuk memegang atau menjaga handphone rakan2 sekelasya..... Atau 3) Pihak pengurusan sekolah menyediakan satu locker berkunci untuk menyimpan handphone plajarnya yang mana akan dikumpul setiap pagi dan hanya dpulangkan pada waktu balik... Kesimpulannya, walaupun banyak yang negatif jika pelajar sekolah dibenarkan membawa henset ke sekolah, namun pihak sekolah boleh bersama2 bersatu padu mengelak perkara negatif itu dengan mengambil langkah2 keselamatan / pencegahan agar pelajar tidak leka dan lebih fokis dlan pelajaran masing2.... SEKIAN..... Wassalam....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...