20 January 2011

Lamanya Kami Menjaga Mereka.....

Aku ingin kongsikan sesuatu mengenai dua orang manusia asing yang kini telah menjadi sebahagian daripada keluarga kami..

Pada tahun 2003 yang lalu, sepasang suami isteri yang baru sahaja berkahwin telah berpindah ke sebelah rumah kami. Kini mereka adalah jiran kami. Kami memang tidak rapat, tetapi dengan kehadiran seorang cahaya mata, Nur Afiqah Farzana yang telah dilahirkan setahun selepas itu (28 Februari 2004), kami mula menjadi rapat. Anaknya itu lah yang menjadi penghubung antara kami. Perasaan geram apabila mendengar suara bayi yang baru lahir sedang menangis amat menggamit perasaan kami. Setelah menziarah mereka, kami telah dipilih oleh mereka supaya menjaga anak mereka ketika mereka sedang bekerja. Maklumlah, kedua-dua suami isteri tersebut bekerja untuk mencari nafkah.

Bapaku pada mulanya tidak setuju dengan keputusan ibuku untuk menjadi "Babysitter" anak mereka. Namun, setelah dipujuk dengan beberapa alasan yang agak munasabah, akhirnya dia setuju. Aku ketika itu masih di Tingkatan 3. Bakal mengambil PMR. Aku dan adik-adikku yang lain semuanya menerima tugas baru ibuku itu untuk menjaga bayi tersebut dengan hati yang gembira. Kami semua memang sangat sayang dan suka pada kanak-kanak. Itu salah satu kelebihan yang terdapat dalam keluarga kami. Alhamdulillah.

Afiqah kami jaga sehabis baik. Ibuku menjaga dan membelainya ibarat anaknya sendiri. Selain daripada tugas menjaga, sebagai seorang ibu yang berpengalaman, dia sentiasa memberi pendapat, pandangan dan nasihat tentang cara-cara menjaga anak dengan baik.

2 tahun kemudian (16 Mei 2006), seorang lagi bayi perempuan telah selamat dilahirkan. Yang ni istimewa sedikit. Selain daripada lahir pada Hari Guru, ada seorang lagi bayi perempuan yang turut selamat dilahirkan sehari sebelum kelahirannya iaitu jiran kami sendiri. Bayi ini diberi nama Nur Aqilah Farzana. Wajah Afiqah dan Aqilah sangat mirip ketika masih bayi. Pada ketika itu, kami membayangkan semula bagaimana kami menjaga Afiqah ketika dia bayi dahulu.

Kini, mereka semakin membesar dan membesar. Terasa rindu terhadap zaman dahulu kala. Rasa seperti mahukan seorang adik lagi. Menjaga mereka sangat seronok. Kami lah orang pertama melihat mereka bercakap, belajar berjalan, ketawa, berlari, menyanyi, mewarna, menulis, mengaji dan kini akhirnya mereka pandai melakukan segalanya dengan sendiri.

Bukan susah menjaga mereka, tapi tidaklah senang sangat. Mereka berdua sangat Pintar. Almaklumlah, mereka diberi susu Anmum Essential (Susu yang membuatkan sel-sel otak bergabung). Kepada bakal-bakal ibu diluar sana, berilah anak anda susu ini. Sangat bagus untuk perkembangan otak kanak-kanak. Mereka sangat cepat belajar.

Hampir 7 tahun telah berlalu, Afiqah kini telah berusia 7 tahun. Tahun ini, dia baru sahaja menjadi Murid Tahun 1. Pertama kali melihat dia berbaju kurung sekolah (putih+biru gelap), hatiku tersentuh. Inilah bayi yang menangis dahulu. kini dia telah membesar. Mungkin beberapa tahun lagi, kami tidak perlu menjaganya lagi. Sedih. Rupa-rupanya, masa sangat cepat berlalu. Dan masa memang tidak menunggu kita.

Aqilah pula baru masuk 5 tahun. Dah mula mendapat pendidikan di Sekolah Tadika Bintang Canggih. Kini dia berkawan dengan jiran yang seusia dengannya (yang lahir sehari sebelum hari lahirnya). Dua-dua dah sekolah. Kini aku semakin takut kehilangan mereka. Mereka lah yang menggembirakan hatiku. Memang aku tidak pernah tension melihat wajah-wajah ceria mereka. Sangat comel dan pintar. Terasa bangga kerana berjaya mendidik mereka sehingga ke alam persekolahan.


Inilah wajah baru mereka. Dah besar dah.

Ini adalah video yang aku sempat rakam ketika melakukan aktiviti mewarna bersama pada Waktu Cuti Sekolah yang lepas.

http://www.youtube.com/watch?v=BAs-RrZYopY

Semoga mereka berdua akan menjadi Insan Yang Berguna terutama kepada Diri Keluarga, Bangsa dan Negara... InsyaAllah... :P



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...