20 February 2011

Peristiwa di Gunung Ledang.....

Tanggal 19 February 2011 (Sabtu) yang baru sahaja berlalu mengungkap satu kenangan manis pahit buat diriku... Ya... Inilah pertama kali aku kesana.. Dan inilah pertama kali aku mendaki hingga ke puncak semata2 untuk bermandi manda berdekatan dengan air terjun....


Ribuan terima kasih dan tahniah kepada Sekretariat S Semalaya (SSS) kerana berjaya menjalankan aktiviti underground sebegini.... Aktiviti2 sebegini sangat bagus kerana ia mampu merapatkan hubungan silaturrahim sesama ahli SSS. Aktiviti yang dijalankan oleh SSS adalah sangat sempoi...

Pergerakan kami bermula dari UPM.. Berkumpul beramai2 di Astaka Seni. Mula bergerak pada jam 0000 setelah mendapati semua ahli adalah mencukupi.....

Aku, Dila, Yani dan Aizat menumpang kereta Luqman... Baru ku tahu, Luqman adalah seorang yang kurang sabar dan sering mengeluh sekiranya sesutu pergerakan adalah lambat... Dia seorang yang agak punctual... Perhentian pertama kali adalah selepas Tol Ayer Keroh Melaka...

Destinasi pertama kami adalah Kolam Air Panas Gadek... Bayaran masuk adalah sebanyak RM4 seorang. Waktu operasi adalah sehingga jam 0500 pg.... Kami tiba disana pada jam 0300 pg... Kami dilepaskan untuk melakukan aktiviti sendiri sehingga jam 5 pg.. Air dikolam tersebut sangat panas... Anggaran adalah pada suhu 70 darjah celcius....

Selesai berendam, kami berehat seketika sambil mengisi perut di kedai makan berhampiran... Pergerakan seterusnya adalah pd jam 5.30 pg.....

Perjalanan diteruskan dan diberhentikan di hadapan sebuah surau yang kurang pasti nama tempatnya.. Kami berhenti seketika untuk menunaikan Solat Fardhu Subuh... Selesai solat, kami singgah sebentar di gerai berhampiran...

Gerai ini amat unik kerana si penebar roti canai berjaya memukau kami dengan skill tebarannya yang memang pertama kali aku lihat... Di gerai ini terdapat pelbagai jenis makanan seperti sandwich, nasi goreng, nasi lemak, mee goreng, bihun goreng dan paling penting roti canai dan seumpamanya...

Kami meneruskan perjalanan selepas semanya selesai mengisi perut... Ada juga diantara mereka yang membungkus makanan untuk dibawa ke Gunung Ledang nanti... Almaklumlah, selepas berendam, mestilah perut cepat lapar...

Kami tiba di Air Terjun Gunung Ledang pada jam 0800 pg... Aku dan kawan-kawan ku adalah kumpulan yang paling awal tiba dan paling awal memasukkan diri ke dalam sungai tersebut... Air nya sangat sejuk dan nyaman... kedalamannya adalah pada paras dadaku.... kurang sesuai untuk kanak-kanak walaupun aku masih dapat melihat ada sebuah famili yang berani membenarkan anak-anaknya bermain air disana... Jika mereka tidak dipantau, risiko lemas adlah sangat tinggi..

Bercerita tentang LEMAS... Aku sendiri sudah fobia kerana ketika aku sedang bergembira bermain gelongsor batu yang berdekatan dengan air terjun itu, satu kejadian telah menimpa diriku... Apabila tiba di bawah (selepas bergelongsor).. Aku agak panik seketika apabila mendapati kakiku tidak mencecah pasir... Dengan kekuatan yang ada, aku cuba mengapungkan diri... Namun semakin lama akua mencuba, semakin diriku hampir kelemasan.... Dengan skill yang agak sedikit dan baru sahaja aku peroleh, aku cuba mengapungkan diri sekali lagi dan cuba berenang ke arah yang kurang dalam sehinggalah aku berjaya mencecahkan kaki di atas pasir..
Alhamdulillah, aku masih selamat walaupun tanpa bantuan sesiapa.. Memang pada ketika itu, aku tidak berjaya mengungkap perkataan "TOLONG" untuk mendapatkan bantuan...

Aku duduk diatas batu... Mengenang kembali peristiwa tadi.. Aku agak fobia namun semua ini adalah suatu pengajaran. Jangan terlalu suka apabila berada dikawasan-kawasan seperti ini... Aku cuba memberitahu semua orang tentang kejadian panik itu.... Aku nasihatkan mereka agar menjauhi kawasan bahaya itu.... Bila dilihat dari atas, kawasan tersebut berwarna hijau... Aku pun masih tidak mengerti kenapa...

Beberapa minit selepas itu, TJ memberitahuku bahawa Ila juga mengalami kejadian yang sama sepertiku... Namun dia berjaya memaut tangan TJ untuk menyelamatkan dirinya... Tidak lama kemudian, Nadz pula alami perkara yang sama.... Dia sempat menjerit "Aku Lemas.. Aku lemas" dan sempat dieselamatkan oleh Ketam....

Selepas beberapa ketika, 2 orang warga India hampir kelemasan disitu... Pada mulanya hanya anak sahaja yang hampir kelemasan disitu, kemudian bapanya cuba menyelamatkan anaknya itu. Namun oleh kerana anaknya sangat panik dan terus berpaut pada bapanya, akhirnya kedua2 anak beranak ini tenggelam... Si ibu mula panik dan cuba untuk menyelamatkan ahli keluarganya itu.. Nasib baik salah seorang peserta kami berjaya selamatkan kedua-dua anak beranak tersebut....

Begitu tingginya risiko apabila bermandi manda di tempat yang kita tak biasa... Risiko kelemasan sangat tinggi.... Pada hari yang sama, 5 orang hampir lemas termasuk diriku...
Alhamdulillah.... Aku dan 4 yang lain masih selamat...

Kami selesai bermandi manda pada jam 1000pg. Selesai menjamu Bihun Goreng yang di bungkus, kami mula menuruni gunung tersebut..... Memang malang nasibku hari ini, sudah lemas di sungai, selipar pulak tercabut... Aduh... Terpaksalah aku berkaki ayam menuruni gunug tersebut.... Tiba di bawah, kami menyiapkan diri dan menukar pakaian masing-masing di bilik air berhampiran..

Kereta yang aku naiki terus menuju ke UPM manakala kereta yang lain masih mahu meneruskan perjalanan ke Bandaraya Melaka.... Mungkin driver kami sudah penat kerana seharian dia memandu tanpa henti....

Kami tiba di KTP pada jam 1400....
Peristiwa yang tidak dapat dilupakan...
Pengajaran yang perlu diambil iktibar...
Keseronokan walaupun dalam kepenatan....

Akhirnya aku tidur diatas katil yang empuk sehingga tidak mampu sedarkan diri...
Sedar-sedar je dah pukul 8.30 mlm....
Arrrrghhhh.... teruk!!!!!

3 comments:

Unknown said...

xda gambar ker..???

ziera said...

on the way.....
tgh tggu org upload gmbar..
lupe bwk kamera tyme ni.. huhu

依之汉 said...

Aku rasa lepas ni ko mesti pandai berenang kan? Jom kolam renang UPM... :D
p/s: ayat kurang menarik. seperti baca cerpen jer...

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...