25 March 2011

Hari Polis ke-204 (disambut pada 25 Mac 2011_Jumaat)




Polis sedia berkhidmat,

Kerna negri dan rakyat,

Hidup berbahagia,

Aman sentosa,

Polis sedia berkhidmat…..

SELAMAT MENYAMBUT HARI POLIS KE-204 kepada semua anggota Polis di seluruh Malaysia..

Terima kasih kerana sanggup mengawal jalan raya yang sesak..

Terima kasih kerana menjaga keamanan Negara..

Terima kasih kerana menangkap penjenayah..

Terima kasih kerana cepat menyelesaikan kes.. (dan banyak lagi!!!)

Terima kasih banyak2 atas segala budi dan jasa tuan2 dan encik2 sekalian…

Tanpa anda semua, Negara kita pasti tidak akan aman, tenteram dan makmur seperti sekarang…

Polis….

Memang banyak kaitan dengan saya…

Lagi2 setelah menyertai KOR Sukarelawan Polis Siswa Siswi UPM (KOR SUKSIS)selama tiga tahun sejak 2008 sehingga 2011….

Agak banyak juga tempat yang kami pergi berserta pengalaman dan ilmu yang telah kami timba daripada insan yang bergelar anggota Polis…

Antaranya: Kem ZABRI, Kem PGA, PULAMAR, CSI Bukit Aman, Unit Berkuda & FRU, Unit Udara, lapang sasar, PULAPOL (pernah derma darah kt situ bersama anggota polis yang lain) dan unit2 lain yang mungkin akan kami pergi tak lama lagi (buat terakhir kalinya)

InsyaAllah.. Sedikit sebanyak dapatlah ilmu2 ini membantu kami sebagai seorang mahasiswa & mahasiswi UPM agar menjadi seorang insan yang berdisiplin, berintegriti, berkeyakinan tinggi, berwawasan, tegas, dan berhemah…. (ade ape2 yang tertinggal tak??)

(gambar saya segak beruniform Polis@ Kem PGA Bukit Baka, Kelantan)

25 Mac 2011…..

Jam 0730-0930hrs

Walaupun tahun ini adalah tahun terakhir saya menganggotai KOR SUKSIS UPM, Namun, inilah kali pertama saya menghadiri Majlis Sambutan Hari Polis di Balai Polis Serdang…

Majlis ini dimulakan dengan perarakan masuk pasukan Kawalan Kehormatan (berkawad dengan membawa senjata)….

Kemudian nyanyian Lagu Negaraku dan Sangsaka Biru…

Seterusnya ucapan watikah dari Ketua Polis Negara yang disampaikan oleh Ketua Polis Daerah Serdang. (Agak lama juga kami terpaksa berdiri kerana watikah yang dibaca agak panjang berjela2..)

Next, bacaan ikrar.. (alamak!! Saya dah berikrar sebagai anggota Polis la..)

Akhir sekali nyanyian penutup iaitu Lagu Polis Sedia Berkhidmat..

Segalanya berjalan agak lancar…

Sebelum pulang, kami menjamu selera dengan nasi lemak ayam berempah yang sangat sedap berserta bihun goreng dan air teh “o” panas….. (satu penjimatan sebab kenyang sampai sekarang.. tak payah beli untuk makanan tengahari.. yippi!!!)

(nasi lemak ayam berempah)

__________________________________________________________________________________

Yang penting, gambar kenangan mesti ada…

Sebagai bukti yang kami menyambut Hari Polis ke-204 di Balai Polis Serdang….

(gambar dari album SM MALEK)

2 comments:

najah hijriah said...

muke sedih aku tu bleh plak tpampang beso kt blog ko....hahahaah... sm amek gmbo hbis nmpak jerawat aku...haahahaha

ziera said...

mana ade jerawat cik ana oi~~~ haha....

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...