16 March 2011

KISAH SAGA HITAM

Assalamualaikum pembuka bicara,
kepada follower dan sesiapa sahaja,
Senyum diukir bertambah serinya,
Entry baru kucoret, marilah baca...
_________________________________________________________

"Marilah naik kereta saya!!!"

Ni gambar aku masa umur 2 tahun lebih (kalau tak silap)....
Kt belakang tu plak kereta Abah yang pertama dalam hidupnya....
Proton Saga yang bernombor plat NY2600 ini telah dibeli oleh Abah pada tahun 1987 (setahun sebelum Mama & Abah kahwin... teka je ni.. hihi)

Lama jugak kereta ni berkhidmat dalam famili kami....
Antaranya peristiwa2 yang pernah Abah cerita pasal kami adik beradik dan kereta ini adalah seperti berikut:
  1. Abah g kerja bawak kereta ni la...
  2. Mama pun pernah belajar drive gune kerata ni.... Masa kat Sentul (masa tu umur mama 24 tahun kot), mama selalu bawak kereta ni kt Parking dkt2 dgn Padang Golf.
  3. Last mama bawak kereta ni, bila dah pindah Seremban... Tanpa disengajakan, mama terlanggar kerusi plastik kt ruang depan rumah kami... Lepas tu mama fobia~
  4. Ni pasal aku.... Abah kata masa tu aku belum ada adik lagi (umur 2 tahu ke bawah la).. Abah drive kereta mendaki Cameron Highland.... Dalam perjalanan tu, bleh plak aku muntah dalam kereta tu lalu mendiamkan diri tanpa apa2 suara..... EEE gelinye..... Sampai tertidur bergelumang muntah....
  5. Pasal adik2 yang lain, rasa cam xde je... Tapi yang paling penting, kereta ni tempat Nani dilahirkan (adik aku no.3)..... Masa tu tengahari... Aku n Dila (adik no.2) duk kat tempat duduk depan... MAsa tu memang sangat2 tak sempat la untuk mama lahirkan baby.... TApi yang bestnye, Bayi itu telah selamat dilahirkan dalam kereta di kawasan Hospital itu juga....
  6. Dalam kereta ni jugak la aku pernah tgk baby dilahirkan secara life depan mata... huhu... takut.... tgk darah n baby keluar dari tempat tu~
  7. Masa duk kat Bangsar dulu, waktu petang2, aku n Dila suka lepak kt parking kereta flat.. Kitorang duk atas kereta.. Tiba2 datang 2 orang lelaki (kebetulan sebaya kitorg) datang berkenalan dengan kitorang. haha.. syok gile.. last2 sekali kitorang duk berempat kat atas bonet kereta ni... :)
  8. Kereta ni berakhir perkhidmatannya pada tahun 2000... Masa tu kitorang dah duk kt Seremban (masa tu aku Darjah 5)..... Penggantinya kereta Honda Civic bernombor plat WCH997....... Agak sedih bila terpaksa melepaskan kereta itu pergi~


Kereta Honda WCH997... Tapi kini hanya digunakan oleh Abah utk ke Stesen Seremban setiap hari.......

Ini kerana, pada tahun 2010, BABY ALZA bernama NCH2600 telah dilahirkan dan telah digunakan sehingga kini....... =))

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...