11 March 2011

Sejarah Kangkung & Maharaja China...?!!?!?

HOLLA!!!!! HYE KWAN2 SEMUA.. DAH MAKAN??????

Aku baru je lepas makan ni...
Lauk paling ringkas....
Ayam goreng+sambal belacan+sayur kangkung...
YUMMY!!!! sedap!!!!

Ahaaa!!!!!! SAYUR KANGKUNG........
Tajuk entry aku pada hari ni........
Kangkung dan Maharaja China.....
Sape prnah dgr citer ni???
Angkat tangan mcm saya (gaya Ucop KakLimah)





Cerita ni pernah diceritakan kepada aku oleh abahku masa aku kecik2 dulu...
Sangat kelakar... Aku ingatkan dia seorang je pernah citer pasal kangkung & maharaja China ni.. Rupa2nya, ini adalah kisah benar (maybe la)
*tadi saje SEARCHING kt GOOGLE pasal KANGKUNG & MAHARAJA CHINA..
tup2.. jumpe satu article......
(sila klik untuk membaca artikel tersebut)
____________________________________________________________

Citernye berbunyi camni:

Alkisah, pada zaman kegemilangan Kerajaan Melaka dulu,
ada sekumpulan orang-orang besar Istana Melaka telah mengikuti rombongan diRaja
ke negara China..

*Untuk pengetahuan korang, pada masa tu, salah satu pantang larang kt Negara China adalah melihat wajah Maharaja China........
Telah menjadi satu kesalahan besar jika ada rakyat2 negaranya untuk melihat wajah Maharaja mereka... (sebab pe?? hmmm.... xtau la plak)

Maka, setelah rombongan di Raja tadi tiba di China,
mereka telah disambut dengan penuh kegembiraan.

Makan malam pun tiba.....
Sebagai menghormati para tetamu dari Kerajaan Melaka (yang pada masa tu merupakan kerajaan terulung di dunia),
maka tukang masak pun bertanya kepada rombongan tersebut apakah makanan kegemaran mereka untuk dimasak sebagai hidangan makan malam bersama Maharaja dan rakyat negara China yang lain.....

Salah seorang dari rombongan Melaka meminta agar si tukang masak memasakkan sayur Kangkung tanpa mengerat kangkung tersebut kecil-kecil....
Sambungnya lagi, orang Melaka lebih suka memakan kangkung yang panjang-panjang....
*bleh tangkap x ape yang cuba disampaikan oleh rombongan dari Melaka ni???

Majlis makan malam pun tiba...
Semua rakyat negara China dan rombongan dari Melaka berkumpul di dalam Istana..
Datanglah Maharaja China....
Semua rakyat jelata di dalam Istana tersebut tunduk sebagai tanda hornat kepada Maharaja mereka.....

Tukang Masak diRaja pun menghidangkan lauk kangkung seperti yang diminta oleh orang Melaka tadi....
Guest what??!!!

Orang-orang Melaka pun mengangkat sayur kangkung yang panjang itu ke atas.....
Mereka pun mendongakkan kepala sambil memasukkan sayur kangkung ke dalam mulut...
Dengan berbuat begitu, dapatlah mereka menjeling untuk melihat wajah Maharaja China.

Maharaja China pada ketika itu tidak boleh berkata apa-apa.....
Ini kerana beliau terpaksa menjaga hati orang2 Melaka,
dan tidak mahu sedikit pun tetamu mereka berasa terhina dengan cara mereka menghidang makanan....

HAHAHAHA...
pandaikan ornag Melaka pada masa tu...
Dengan tindakan itu, semua rakyat jelata negeri China akhirnya berjaya melihat wajah Maharaja China yang sebenarnya tak la hensem sgt kot~~~~



_____________________________________________________
PS: kecik2 dlu aku suke makan kangkung cam dalam citer diatas...
Mungkin sebab tu la kot, abah aku saje ceritak pasal benda ni kat aku...
hahaha... btw... AKU SUKE MAKAN SAYUR KANGKUNG.....

2 comments:

依之汉 said...

kangkung memang sedap! senang ditanam, dijaga, dan dituai. Jualan kangkung pun laku di sekitar UPM.

Cerita ni dah lama aku dengar. Waktu aku darjah 5, cikgu aku ada cerita pasal ni. Cara nak makan kangkung yang betul oleh orang Melayu. LOL.

zino said...

Baru nak cari kisah kangkong ni rupa nya dah ada yg tulis ya.. mohon izin share kan ya

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...