Jam ditangan menunjukkan pukul 11 malam...
Semua yang diraikan serta jurulatih dan pegawai sedang menanti saat untuk pulang ke rumah masing2...
Malam ini mungkin malam terakhir saya bersama teman2 seSUKSIS...
Hubungan yang telah terbina sekian lama bakal berakhir 12 jam dari sekarang...
Kami berpeluk-pelukan sambil memohon maaf antara satu sama lain....
Masih teringat saya pada satu ketika dahulu....
Pelbagai perasaan marah, sedih dan tak puas hati sesama kami menular kedalam hati...
Tapi malam ini, adalah malam dimana kite semua menghapuskan segala perasaan dendam tersebut...
Namun begitu, saya sedikit terkilan kerana tidak sempat bersalam-salaman dengan jurulatih2 kami khususnya Encik Majid kerana dia tidak dapat hadir atas sbb tertentu...
SUKSIS telah mengajar saya erti mendisiplinkan masa, menjaga hubungan persahabatan, meghormati org lain, serta saling bertolak ansur antara satu sama lain....
Semua jurulatih yang ditakdirkan utk mengajar kami adalah jurulatih2 yang terbaik....
Namun tibe2 teringat pada kata2 SM Salim yang telah dua minggu mengajar kami berkawad di UTM ari tu....
"Jurulatih terbaik adalah diri kita sendiri"
Saya ingin mengambil kata2 hikmahnye ini sebagai panduan dan pedoman utk masa akan datang...
Khususnya untuk alam pekerjaan saya nanti....
INSYAALLAH.....
Sebelum saya menutup kata, sila2 la klik video di bawah ini.....
Seribu kenangan yang penuh bermakna telah tercipta melalui aktiviti2 anjuran KOR SUKSIS 2008-2011.....
PS: this video was make by me on 11 July 2011........
Sorry if there have any mistake.... :)