05 July 2011

Saat Peluh Menitik ke Bumi..... Puas...!

JOM AMATI GAMBAR2 NI.....


PERSEDIAAN PERBARISAN MAJLIS TAMAT LATIHAN PEGAWAI

KOR SUKSIS IPTA SEMALAYSIA

SESI 7 2011

TARIKH: BERMULA 27 JUN 2011

HARI SEBENAR MAJLIS: 10 JULAI 2011

NI masa paraskan skuad... Oh no.... dimana saya??? Of coz la kt hujung sana tu... Maklumlah.... Insan terkecil... hihihi~

Ni kawad formasi... Susah jugak nak dressing ye....
Persembahan Kawad Formasi oleh DETACHMENT 2

Look... itu pun saya....!!! Lihat la titis2 peluh di muka saya tu..... Sedang menanti saat jatuh ke bumi je..
**********************

Assalamualaikum....
Dah lama tak update blog...
Almaklumlah, terlalu busy dengan
Persediaan untuk Majlis Tamat LAtihan KOR SUKSIS IPTA 2011.....

Bermula sejak 26 Jun 2011, semua anggota KOR SUKSIS seluruh Malaysia berkampung di UTM Skudai, Johor....
Tahun ni giliran UTM pula yang menjadi Tuan Rumah....

Apa2 pun, saya dan rakan2 sepasukan pernah mengendalikan majlis tamat latihan pada tahun 2009 yang lepas... masa tu kitorang Junior lagi.... UPM jadi tuan rumah ketika itu... So, dah agak biasa la dengan pengurusan untuk majlis ni....

Bagi saya, pengurusan sangat OK, makan pun sedap... Cuma, biasalah manusia... Ade je benda yang tak sempurna di mata masing2 kn.... Bagi saya, itu rezeki saya... Tak mau la merungut biarpun ade yang tak dapat nak penuhi selera kita.... Well.. bersyukur itu lebih baik, kn.. Alhamdulillah~~~

Aktiviti setiap hari memang sangat memenatkan...

Sesi Pagi
0500-0600: Bangun pagi, siap2...
0615-0630: Bergerak ke dewan makan utk sarapan dan get ready atas bas..
0645-0700: Ambil senjata masing2 kt Ambra....
0700-0800: Aktiviti panaskan badan@ stretching...
0800-0930: Masuk baris, berlatih format dll...
0930-1030: Rehat & Kudapan
1030-1200: Kawad lagi.. perkemaskan pergerakan...

Sesi Petang
1400-1430: Get ready atas bas, ambil senjata, panaskan badan...
1430-1530: Kawad lagi.... Formasi dll
1530-1545: Rehat jap....
1545-1630: Kawad lagi~~
1630: Balik bilik... END OF THaT DAY~~

Dan akan berulang setiap hari......

**********************
How about our meal??

Makanan sangat berkhasiat.... OK...
Sarapan....
Everyday kene makan bende yang sama...

sebiji telur
2/3 keping roti+kaya/planta
sebiji pisang....

Lepas ni jangan dah xde selera bila tengok 3 benda diatas, dah la... hihi...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...