Assalamualaikum wbt, Hai..apa khabar.... Moga pembaca yang tersinggah ni sihat2 dan ceria hendaknya.. Aminnn...
Tergerak hati hari ni nak berkongsi satu kisah yang tak semua orang dapat merasainya.
Aku anggap aku special sebab aku......
Kenapa? Jom teruskan membaca...
---------
ZURIAT
Tipulah kalau ada pasangan suami isteri yang dah bernikah tak inginkan zuriat, kan? Samalah macam kami berdua. 2 tahun 6 bulan kami menanti namun tak ada tanda2 yang aku mengandung biarpun dah duduk setiap hari di rumah (sebab pkp), yela.. sebelum ni mungkin susah nak conceive sebab kami hanya bersama 3 hari seminggu je (Jumaat, Sabtu, Ahad).
Okay jom teruskan bacaan...
Pada satu hari... aku perasan yang aku delay period. Masa tu 22 Ogos 2021, tengok kalendar dekat apps "Period Tracker" tu, itu adalah hari ke-4 aku delay period, terus ajak suami pergi beli UPT Test Pack di Watson, Melang.
Keesokan paginya, sejurus bangun dari tidur, aku terus membawa UPT test pack bersama ke dalam bilik air. Aku ada baca dari perkongsian di Google. Untuk dapatkan keputusan yang tepat, pastikan ambil air kencing pertama selepas bangun dari tidur.
Resultnya... alhamdulillah... happy tak terkata.. POSITIF - 2 LINE YG SANGAT TERANG..
"Ya Allah... Akhirnya Kau dengar doa kami, ya Allah" terus itu yg aku ungkapkan selepas melihat 2 line terang di UPT test pack itu.
"Abang..... cuba tengok ni..." kelam kabut aku berlari menuju ke arah suami.
"sayang positif" aku sambung lagi... namun reaksi suamiku... blur... dan hanya mampu bercakap.. "betul ke ni...nanti cuba test lagi... " 😁 aku pun tak tau apa yang bermain dalam kepala otak beliau masa tu... hahahaha...
BAHAGIA
Aku tak sabar bagitau mama babah pasal benda ni. Mereka pasti happy dengan khabar gembira ni. Mana taknya... 2 tahun 6 bulan tak pernah lekat. Makanya, aku tunggu lagi sampai hari ke-7 aku delay period untuk cek lagi sekali. Mujur beli test pack lebih hari tu...
Alhamdulillah makin terang. Terus aku gapai phone dan terus ambil gambar dan tunjukkan kepada mama dan babah melalui wassap. Mama babah siap berpesan untuk jaga diri pada masa tu & jangan lasak2 sebab kandungan masih baru lagi.
BAHAGIA HANYA SEMENTARA
Selepas 2 minggu tidak period, tiba2 keluar darah yang agak banyak (seperti period)... Aku mula risau tapi aku terus gagahkan diri ke Klinik Kesihatan berdekatan di Seri Menanti sambil membawa test pack. Mulanya memang plan untuk buka buku pink tapi lain pula jadinya...
Doktor di KK masa tu suspect yang aku ni Ectopic Pregnancy (Kehamilan Luar Rahim) lalu doctor terus call Hospital Ampuan Najihah Kuala Pilah untuk booking wad. Disebabkan ketika itu musim pandemik, maka doktor menyuruh aku untuk buat swab test dahulu untuk memastikan yang aku Covid negativ sebelum dimasukkan kedalam wad.
Doktor suruh pulang ke rumah dahulu dan kemas baju, ambulan akan ambil aku dari rumah dalam pukul 2petang.
Jam 2.30ptg, ambulan pun datang dan ambil aku dari rumah.. So funny, aku tak sakit, boleh jalan, tapi nurse yang jemput aku masa tu punya la ramai.. Ambulan tersebut bawa aku ke Hospital Kuala Pilah bahagian emergency. Dan aku tak dibenarkan langsung berjalan sendiri. Nurse ambil wheelchair dan bawa aku ke kaunter pendaftaran dan seterusnya ke wad.
PERTAMA KALI MASUK HOSPITAL
Sejujurnya, seumur hidup aku setakat ini, tak pernah sekali pun masuk wad. Syukur alhamdulillah atas nikmat kesihatan ini ya Allah. Dan disebabkan Ectopic Pregnancy ini la, jadi pengalaman pertama aku dimasukkan kedalam wad.
Jam 4 petang, aku dah officially masuk wad. Pada mulanya sorang-sorang doktor akan bertanya masalah aku ni. Aku masa tu masih blur2 pasal ectopic tu (sebab tak pernah jangka yg aku antara yang diuji dengan benda ni).
Setelah hampir 1 jam, doktor panggil aku untuk TVS (scan melalui Vagina). Bayangkan lah. Masa dalam bilik scan tu, berapa ramai doktor perlatih lelaki yang ada dalam tu. Relax je duduk kt depan tempat aku mengangkang... errrr.. malu,, tapi nak buat macam mana, terpaksa la jadi bahan ujian a.k.a bahan pembelajaran "live"....
Selepas TVS, barulah doktor bagitahu cerita sebenar yang kehamilan aku adalah diluar rahim (janin tu duduk di dalam tiub fallopian sebelah kanan). Dan malam tu juga doktor menjadualkan pembedahan "Laparoscopic Surgery".
Disebabkan last aku makan adalah lunch dirumah jam 12 tengahari. Apa2 makanan yg terhidang dikatil aku masa tu di ambil semula dan aku disuruh berpuasa atau tidak makan langsung petang itu sebagai persediaan untuk pembedahan pada malam hari.
Aku tak tau kenapa, masa tu perasaan bercampur baur, ye la,, dari happy, pastu tertanya2, tetiba dah smpai wad... Blur sangat2..
Sedang otak aku melayang, tetibe datang seorang nurse lelaki berbangsa India ingin memasang "branula" ditangan ku. Yang itu okay lagi, selepas pasang "branula", nurse suruh aku buang air siap2 sebelum dia nak pasangkan saluran kencing (uninari katerer) kt aku... urghhhh apa ni... nak kne pasang salur pulak.... Kemudian nurse suruh aku call husband atau minta dia datang ke wad untuk penjelasan dan penerangan (briefing) sebelum pembedahan dilakukan.
Kami berdua faham akan risiko pembedahan. Selepas aku dan husband tandatangan surat yg doktor sediakan, aku ditukarkan ke baju pembedahan dan sedia untuk ditolak ke bilik pembedahan.
SEJUK MENGGIGIL DI BILIK PEMBEDAHAN
Terbaringlah aku (yang tak sakit ni) di atas katil hospital. Ditolak kebilik pembedahan. Dua kali juga la kena tukar katil.. bangun dan berguling dari satu katil ke katil lebih kecil. Baju memang just cover atas je. Kalau silap langkah, memang open habis la.. maluuuuu....
Part paling seram, bila dah dibaringkan atas katil pembedahan. Kau bayangkan, pandang atas terus nampak lampu operation tu.. urgghh... pastu bilik tu dah la sejuk gila.. Dengan baju aku yang just cover atas je... Tak ke menggigil2 menggeletar aku atas katil tu... Memang gigil2 jenis tak leh control dah.. haha....
Sebelum pembedahan, doktor bius ada bagi briefing sikit pasal bius & seterusnya doktor pembedahan akan briefing berkiatan perjalanan prosedur Laparoscopic itu nanti berserta risiko2 yang mungkin akan terjadi ketika pembedahan berjalan. Selepas sign tanda setuju dan faham, baru la aku diberi bius.
Bius dicucuk ditangan, doktor suruh aku mengucap & selawat serta baca doa tidur. Memang rasa macam "eh, aku nak ditidurkan ke". Masa aku tengah baca doa tidur tu la, tetiba aku mula tak sedar..
SELESAI
Jam 6 pagi, aku tersedar sendiri. Buka2 je mata, aku dah ada dalam satu bilik kat wad. Alhamdulillah, pembedahan berjaya.
Datang nurse bertanya, "Puan Hazirah okay?" ... Aku cuba nak menjawab... Terasa perit dibahagian tekak.. Uhuk Uhuk, "Okay nurse"
Nurse datang dan bawa 2 jenis ubat. Aku tak ingat ubat apa. Tapi katanya untuk hilangkan rasa sakit selepas pembedahan. Oh ya.. Perut aku telah ditebuk dipusat & 2 lagi dibahagian lain. Cuma tak nampak sebab kena cover dengan tape.
Kelakar pula bila nurse asyik tanya, "Puan Hazirah dah kentut?"
Aku tergelak, tapi mereka memang serius bertanya pasal kentut. Kata mereka, kalau dah kentut, maknanya dah boleh discaj la...
Oh begitu... Untuk pertama kali nya aku usaha untuk kentut & kentut pertama selepas pembedahan itulah kentut yang paling membahagiakan.. hahahah...
Done kentut, call husband suruh datang ambil. Dapat balik dan sambung recovery di rumah.
THE END>>>>>
NEXT------------------- Selepas beberapa bulan pembedahan, aku pergi buat HSG scan di KPJ Seremban untuk tengok samada Tiub Fallopian kiri (yang masih tinggal ni) boleh berfungsi atau tidak.
Malangnya, tiub itu BENGKAK atau dikenali sebagai Hydrosalphinx.
Doktor mengesahkan yang aku tak boleh pregnant normal, hanya IVF yang dapat membantu.
Allahu a'lam. Ujian ini agak berat ye buat kami suami isteri.
Siapa tak nak anak, kan....
PS/ Cerita ini ada dalam draft & aku baru post hari ni (14 Ogos 2024). Mungkin masa aku draft cerita ni 3 tahun lalu, mood aku swing & masih bersedih atau mgkn tak confident nak post.. So tak kuat...
Btw, actually aku nak share cerita sepanjang perjalanan IVF aku kt sini..., so sesuai sangatlah aku post cerita ini dahulu, baru la ada kesinambungan, kan..
Dah malam, tidur dulu... InsyaAllah esok kite karang cerita lagi, ya.. Nite,,,:)