Perasaan cinta, menyintai dan dicintai amat seronok.
Hidupku dulu amat membenci terhadap pasangan yang sedang hangat bercinta,
Namun, hati remajaku akhirnya terjerat juga dengan perasaan yang ku benci itu.
Mungkinkah ini lumrah generasi muda seusiaku?
Memang seronok, diriku ibarat permaisuri dihatinya.
Setiap hari aku bahagia disampingnya,
walaupun,bukanlah setiap hari aku bertemu dengan dirinya.
Kami hanyut dalam dunia yang kami bina sendiri.
Setelah beberapa lama,
perasaan itu kian dihimpit perasaan serba salah,
terhadap Allah dan keluarga,
inikah yang aku mahu?
bercinta sebelum nikah adalah salah.
Melayan perasaan cinta sebelum kahwin juga salah.
Ya Allah, akhirnya Kau sudi menyedarkan kami,
hidup kami hanya bergelomang dengan dosa,
jika esok aku mati, apakah yang akan terjadi kepada diriku?
Oleh kerana itu, kami berhasrat agar membuang jauh-jauh perasaan "cinta" itu,
kerana kami khuatir perasaan itu bakal menguasai minda kami dan.............
Kini, status kami hanyalah sebagai sahabat,
memang sukar untuk melupakan semuanya,
tapi akhirnya kami berjaya,
alhamdulillah...
Bila terkenang kembali kisah lama,
aku hanya mampu tersenyum,
sesaat lagi aku teringatkan kisah lalu,
aku menangis.
Mudah-mudahan Allah pelihara hati kami,
dari kemaksiatan,dan kekufuran.