14 January 2011

Kesilapan Besar....

Kesilapan besar ni berpunca dari diriku.
Tujuan utama hanya sekadar suka-suka sahaja..
Tak sangka pula yang benda tu membuatkan seseorang itu sangat marah terhadap diriku.
nampak sangat diri ni amat mementingkan diri sendiri sahaja.

Bila dah kene marah, tak reti pulak nak minta maaf.
walaupun diri ini tahu, kesilapan itu adalah kerana sikap diri ini.

Bila kene marah, buat muka selamba je.
Orang tu tengah marah, kita pandang tempat lain.
Orang yang sedang marah tu pun tahu yang dia susah dan payah untuk memarahi seseorang,
lebih-lebih lagi terhadap insan "blur" ini.

kepada yang berkenaan, saya minta ampun dan maaf.
Anda telah dianiaya oleh saya.
Saya sedar siapa kita sebenarnya.
tiada apa-apa melainkan persahabatan.
Yang telah terjalin sejak usia ku 19tahun.
Mungkin kerana itu, saya tak kisah lagi terhadap perasaan kamu.

Maafkan saya kerana tidak mampu menjayakan perasaan marah kamu itu,
well.... inilah satu-satunya strategi yang saya ada,
untuk melarikan diri dari kesilapan itu.
dan... saya telah berjaya....!!!!

Sekiranya saya ter'aniaya' diri kamu lagi,
sila lah buat keputusan yang sewajarnya.
Mungkin ini satu petunjuk..
Bahawa diri ini tidak sesuai untuk dirimu.

Sebaliknya, jika diri ini berjaya berfikiran matang,
lalu meninggalkan perbuatan 'kejam' itu,
terima lah diri ini seadanya.
sesungguhnya, diri ini masih leka,
masih alpa dengan kesenangan dan kecanggihan dunia.

Ikhlas dari:
Insan Yang Bersalah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...