10 March 2011

Aku & Movie Maker!!!!

Assalamualaikum kawan2 semua….

Ari ni tiba2 terdetik dalam hati ni nak berkongsi dengan korang semua tentang hobi aku atau lebih tepat lagi aktiviti kegemaran aku selepas aku habis SPM…

Aku amik SPM tahun 2006….

Kalau orang lain semua sibuk mencari pengalaman kerja kat restoran2 atau mana2 shopping complex, aku pulak relax duduk di rumah bersama keluarga tercinta… Aku pun tak tahu kenapa masa tu aku tak pernah terfikir langsung untuk ikut jejak budak2 lepasan SPM yang lain untuk cari pengalaman kerja kt luar…. Haha…. Seronok duk relax kat rumah je.. Hari2 online depan komputer…. Yang paling best mama & abah tak pernah bising pun suruh aku cari kerja… Lagi suruh duk rumah jaga adik2 kecik (anak jiran yang mama jaga) adalah…. Bahagia dikelilingi baby2 yang comel2… semua beza 1 tahun seorang. Masa tu mama jaga 3 orang budak dari 2 ibu yang berbeza.

Okey, next!!!!!!!

Oleh sebab takde ape yang boleh aku buat kt rumah melainkan main computer je… (pemalas gler aku ni)…. So, abah mulalah mengajar aku camne nak gunakan SONY VEGAS (sejenis moviemaker yang aku still dan suka guna sampai sekarang)…

Wohooo…. Memang seronok giler la dapat belajar wat MOVIE…. Yelah… rasa sangat JAKUN bila dapat belajar cmne nak gabungkan muzik, gambar dan video untuk dijadikan sebuah video lain yang lebih menarik…

Bermulalah aku dengan pembikinan video klip…

Jap2… before ni, abah dah create satu family’s video clip…. Tajuk lagu tu SEKSIS nyanyian Anita Sarawak… haha… memang lawak video clip tu sebab semua orang dalam family ‘miming’ dan menari beramai2 dalam video tu…. Yang penting masa tu semua orang bagi komitmen… Ni la yang dinamakan sebagai Keluarga Bahagia + Sporting… jangan jeles, ya…!!!


­­­­­­­­­­­­­­­­­_______________________________

Okey… seterusnya, selepas diberi tunjuk ajar oleh abah cmne nak gunakan SONY VEGAS ni, maka mulalah aku menunjukkan kreativiti aku untuk meng’create’ video clip lain plak…

Yeah….. my first video klip bertajuk My Heart nyanyian Irwansyah & Acha….. Pemilihan tajuk lagu adalah bergantung kepada popularity dan kekerapan sesebuah lagu tu diputarkan oleh radio…… Oleh sebab lagu ni lagu cinta, maka watak dalam ni hanyalah dua orang adik aku iaitu Nani dan Hakim (masa ni Nani 12 tahun, Hakim 11 tahun)

_________________________________

Second video clip bertajuk Pencinta Wanita nyanyian Irwansyah… Oh ye.. masa tu kan popular dengan citer Heart… patutlah aku pilih lagu ni masa tu.. hahahahahaa…… penggambaran video ni aku buat kat kampung, masa ni dah start guna kamera yang bleh rakam suara sekali berbanding kamera sebelum ni yang hanya mampu ambil video tanpa suara…. Ok.. Pencinta wanita ni cam citer pasal lelaki ‘playboy’ kan… So, aku pilih Biha dan Hanis (cousin aku iaitu anak Maksu) sebagai watak sampingan… Watak utama of course la Hakim…. Dia terpilih pun sebab dia sorang je adik lelaki aku.. hehehehe…

______________________________________

Pastu, aku semakin enjoy buat video klip…. Aku create, create dan create lagi sampai la puas hati…. Satu hari aku inginkan satu perubahan… Asyik menyanyi je pun bosan jugak kan…

Seterusnya, aku jadi pengarah cerita pendek pula… Tajuknya Cerita Hantu Air…. Again, watak utamanya Hakim dan watak sampingannya Dila…. Citer ni dilakonkan secara spontan tanpa menyediakan skrip yang teratur…. Idea ni datang bila mama, abah dan Nani keluar sekejap ke Giant untuk membeli sesuatu yang penting…. Oleh kerana kebosanan, maka muncullah drama seperti ini….. hahahaha….. (suara Hakim kecik je masa ni.. sekarang.. suara dah garau… jgn marah ea, kim)

________________________________________________

Seronok dengan hobi baru, aku terus mengarah citer seterusnya yang berkisarkan tentang 3 budak lelaki yang jahat akhirnya menjadi sahabat baik…. Citer ni bertajuk 3 Guys The Movie dan dilakonkan oleh Hakim dan dua orang lagi sepupuku (Syafiq dan Qayyum)… Watak sampingan pula melibatkan Dila, Nani dan Aina (sepupu)…… Jalan cerita ni kurang menarik tapi… boleh la…. Last2 bleh fahamlah apa penghujungnya…..

__________________________________________________

Aku pun pernah wt video Hari Raya tau… Sedara mara aku memang puji aku la.. (berlagak kn??!!)

Hmm…. Sekarang umur dah semakin meningkat…. Bila duk kat UPM, maka pelbagai aktiviti telah dijalankan dan hampir setiap aktiviti aku akan siapkan sebuah video kenang kenangan…. Terutamanya untuk aktiviti-aktiviti SUKSIS sepanjang 3 tahun aku di sini…

Sometime, bila aku rasa video tu berguna dan boleh bagi kenangan kt kawan2, aku upload kt YOUTUBE dan share kt FACEBOOK…. Aku suke bila diorang comment banyak2 kt video tu.. thanks kwan2 for supporting me.. YEHAAA!!!!!!

Ni adalah antara video2 yang telah di’create’ sepanjang di UPM….. Tu pun aku create bile btul2 xde kerja lain dan bila rasa bosan….



PS:sila klik Thumbnail untuk menonton video.. (tertakluk kepada video yang telah diupload di Youtube sahaja)

_________________________

Ahaaa….!!! Cuti semester lepas aku wat lagi video klip.. Kali ni aku guna 2 orang adik aku Fiqa & Aqila yang berusia 7 tahun dan 5 tahun (anak jiran sebelah yang mama jaga tu la)….. Dah 3 video klip aku wat untuk diorang.. Memang diorang sangat2 Happy & xsabar2 suruh aku burn CD sbb diorang nak tunjuk kat Mama, Ayah dan sedara mara diorang yang diorang jadi artis rakaman.. haha… (ape punye kaklong la.. ajar adik bukan2….)

_________________________

So, sekarang kawan2 semua dah tahu lah kenapa aku sangat suka meng’create’ video kan…

hehe… Jap2.. walaupun aku bleh dan pandai guna moviemaker, tapi aku tak pernah volunteer calonkan diri untuk wat video untuk aktiviti kolej… haha… aku kan low profile.. xde sape kenal aku.. lagipun, kalau suruh wt video2 yang agak advance dan lbih menarik atau lebih skema seperti Video Korporat, memang aku tak reti nak buat… hmmm…..

Lepas ni, mgkin aku nak ajar adik aku, Hakim guna MovieMaker ni… Manelah tau kot2 dia bleh jadi popular cm AnuarHadi atau MatLuthfi90 plak kn… hehe… Kim, Along bagi peluang ni.. Nak tak?? Free of charge je.. hik3….

Ape2 pun…. Aku memang langsung xde bakat mengarah mahupun sebagai penerbit.. Aku tahu rakam dan jadikan ia sebagai Movie yang berguna (kononnye la)….. hahahhaa….

Dah2… lepas ni dah xnak buang masa wt benda ni lagi… Memang buat aku ADDICT tau… ape2 pun thanks a lot to my Abah sebab sudi ajar aku guna SONY VEGAS ni.. Syok habis la…!!!!!

PS: Kecik2 dlu pernah terfikir dan berangan2 nak wt video untuk MAJLIS KAHWIN tapi belum tercapai lagi.. Sape sudi bagi peluang kat aku wt video kahwin utk korang?? Hehe.. bayar la tapi~~~~~~ V(^___^)V

3 comments:

Unknown said...

banyak video suksis ko buat..ko upload kat utube ker??camne aku nak tgk :)

依之汉 said...

Wow~ seronok tau kalau dapat edit video ni. Even the simplest video can be greatest if just we are creative.

Aku sekarang pakai Windows Live Movie Maker 2011 jer. Malas nak pakai yang kompleks. Buat serabut aku jer nanti. Lagipun aku nak beralih arah ke video editing openShot. Satu video editing berdasarkan sumber terbuka. Percuma dan fungsinya hebat!

Tak caya cuba lihat ni...
http://www.openshot.org/videos/

ziera said...

Eishal Nur: separuh je vdeo yg aku smpat upload... try la klik mane2 thumbnail tu... aku dah link kt trus ke YouTube..

budak hort: wah... aku tak prnah update plak psl the laters moviemaker.... btw.. thanks for the information... menarik gak benda ni.. Emm..
aku ske ayat ko ni:"Even the simplest video can be greatest if just we are creative."

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...