02 March 2011

Kahwin.... Oh... Kahwin..



Kahwin???
Ape maksud istilah KAHWIN ek??


Perkahwinan atau nikah menurut bahasa ialah berkumpul dan bercampur. Menurut istilah syarak pula ialah Ijab dan Qabul (‘aqad) yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang diucapkan oleh kata-kata yang menunjukkan nikah, menurut peraturan yang ditentukan oleh Islam[1]. Perkataan zawaj digunakan di dalam al-Quran bermaksud pasangan dalam penggunaannya perkataan ini bermaksud perkahwinan Allah s.w.t. menjadikan manusia itu berpasang-pasangan, menghalalkan perkahwinan dan mengharamkan zina.
(sumber: wikipedia)
__________________________________________________________________

Bila cerita pasal kahwin...
Mulalah timbul macam-macam masalah...
Antaranya ada yang masih ragu2 sama ada pasangan yang mereka miliki sekarang ini adalah jodoh mereka atau pun tidak... Oleh itu, ada antara mereka akan melakukan solat sunat Istikharah...

Kahwin ni adalah sesuatu yang menyeronokkan...
Yela... kalau dulu hidup bersendirian, kini tidak lagi...
Hidup mereka kini sudah mula penuh dengan pelbagai tanggungjawab berat...

Kalau dulu makan beli kat kedai,
kini dah ada pasangan yang akan jaga makan minum kita...
Yang paling best bila tiba masa bermesra-mesraan dan bermanja-manja...
Auuuwwww... Romantiknya...!!!

___________________________________________________________________

Tetiba je aku tersentuh pasal kahwin ni kenapa ek??
Sebenarnya malam semalam....
Ketika makan malam bersama Kak Eda n Dila Mus di Sebuah Gerai makan di Bangi, mereka berbincang mengenai perkahwinan.....
Semua dah ada pasangan dan semua sedang menuju ke arah membina masjid...
Semester ni, dah 4 orang Cosmate aku dah bertunang....
Tengah tunggu saat untuk berumah tangga je...
Kesemua mereka dijangka akan mendirikan rumah tangga sekitar tahun ini (2011)...
Seronoknye mereka....

Di saat mereka sedang bergembira menanti saat2 indah itu,
Aku mula diselubungi perasaan cemburu bercampur takut...

Ya.... Mamaku sudah pun mendapat anak pertamanya (AKU) ketika umurnya sebaya aku...
Namun, tengoklah diiriku ini,
Matang pun belum lagi....
Masak pun belum hebat lagi...
Terlebih manja dah aku ni...
Apa2 pun... bukan salah ibu mengandung dan bukan salah bapa mendidik...
Aku bahagia disamping keluargaku...
Kadang2 terdetik dihati ini agar masa berhenti disaat ini...
Aku seperti tidak mahu membesar...

_______________________________________________________________

Berbalik semula kepada hal kahwin....
Agaknye siapalah jodoh aku nanti kan??
Kawan aku kata mungkin aku jenis yang dapat pasangan dan terus berkahwin...
Hmmm.... maksudnya, mungkin aku ni jenis yang tak akan bercinta lama2 seperti kebanyakan pasangan sekarang ni...
Harap-harap apa yang diperkatakannya menjadi kenyataan la...

Satu je aku takut...
Takut jadi ANDARTU.... (uishh!!!! harap dijauhkanlah)
_________________________________________________________________

So, aku perlu ambil langkah pencegahan sekarang ni....
"Kecantikan dan Perwatakan itu penting"
(bak kata seseorang yang pernah membahagiakan aku dan telah menghancurkan hatiku..) mungkin sebab aku tak cantik n tak pandai berfesyen, maka dia tinggalkan aku kot...
Tak pe... yang penting dia bahagia dengan pasangan baru dia tu...
Aku??? Just jadi PEMERHATI yang setia.. *sigh*
___________________________________________________________________

So kawan2.... korang semua nak kahwin billa??
Emm... dah sure ke yang couple korang sekarang ni bakal menjadi pasangan hidup korang nanti?? (maaf... soalan sensitif)
Utk korang yang sedang hangat bercinta.... harap2 korang jagalah batasan pergaulan korang..
Lagi2 yang wanita tu....
Lelaki ni, kalau dah dapat.... (manis madu sepah dibuang)... sabar je la....

__+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+__

2 comments:

budak hort said...

Aku nak kahwin bila dah cukup kaya nak tanggung sebuah keluarga. Kalau boleh pada umur 28 tahun. Yeay~ Walau bagaimanapun, jodoh di tangan Allah. Kita tak dapat menduganya...

MoHFiR - Mohd Firdaus said...

oit.. best pe kahwin! hehehe...

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...