27 May 2011

Episod 2: Tiba masanya!

Cuti semester hampir bermula, Zalikha sedang sibuk mengemas barangnya untuk pulang ke kampung halamannya di Seremban keesokan harinya..

"Acik! Aku dah bagi tiket kat kau ke belum ek?" tanya Zalikha.
"Dah2... Semalam.... kau ni pelupa jugak ek.. Ape la.." Acik mengutuk..

Acik dan Zalikha memang selalu balik ke KL bersama-sama dengan menaiki Keretapi Ekspress Langkawi.. Mereka pulang bersama sejak awal perkenalan lagi. Bapa Zalikha seorang Pembantu Teknik KTMB, beliau mempunyai kelebihan untuk mendapat tiket secara percuma untuk anak-anak yang masih belajar dan berusia 18 tahun dan kebawah. Zalikha sangat beruntung kerana setiap kali cuti, bapanya akan mengeposkan tiket keretapi kepadanya. Begitu juga Acik, untuk memastikan Zalikha mempunyai teman ketika pulang ke KL, bapa Zalikha turut membelikan dan mengeposkan tiket untuk Acik.

***************
"Awak, esok saya dah nak balik ke Seremban... " Zalikha meng'SMS' Syahrul.
"Oh, yeke??? Kalau macam tu, boleh la kite jumpe.." Syahrul memberi cadangan.
"Aik.. tp camne?? Rumah awak dekat dengan Stesen Keretapi ke?" Zalikha tertanya2..

"Bila awak dah sampai Bukit Mertajam, awak turun ye.. Keretapi awak akan ke Butterworth dulu kan.. Lepas tu, keretapi tu akan kembali semula ke Bukit Mertajam.. So, boleh la kita jumpa di Bukit Mertajam.. Tak sabar nak jumpe awak.." Syahrul memberi cadangan.

***************

Zalikha, Mira, Ina dan Acik saling bersalam-salaman kerana masing2 akan bercuti semester selama seminggu.. Acik dan Zalikha bersama-sama menaiki teksi untuk ke Stesen Arau.

******************

Setibanya mereka ke Bukit Mertajam, Zalikha dan Acik turun bersama-sama.. Selalunya, mereka akan menunaikan Solat Maghrib bersama2 disana tapi kali ini hanya Acik yang boleh menunaikan solat. Zalikha terus menuju ke bahagian luar Stesen Bukit Mertajam itu..


Sambil mencari-cari kelibat lelaki berbadan besar yang hanya dikenalinya melalui SMS tiba-tiba handphone nya berdering...

"Hello..." Zalikha menjawab sambil matanya meliar mencari Syahrul...
"Awak tunggu disitu, saya dah nampak awak.. Awak yang berbaju oren tu kan??" teka Syahrul..

Hati Zalikha berdegup kencang.. Maklumlah, ini pertama kali ia berjumpa dengan lelaki yang sering dia hubungi melalui SMS.. Muncul seorang jejaka berkulit putih, bertubuh agak gempal dan comel.

"Wah... boleh tahan..!" Zalikha memuji dalam senyap..
"Ika ke?" Syahrul menegur..
"Ye, Syah ye?? Hai... Apa khabar?"
"Alhamdulillah, sihat.. Dah lama sampai? Maaflah, lambat sikit.. Motor ade problem.." Syahrul mengadu.
"Em.. awak.. Sorry la.. Kita just boleh jumpa sekejap je.. Lagipun, saya dengan kawan saya sekarang ni, tapi dia tengah solat dengan surau... Kalau boleh saya taknak dia nampak saya bersama awak.. Dia tu alim sikit.. hehe.. Harap awak faham.." Zalikha bersuara.

"Tak pe, saya faham... Tapi awak tunggu sekejap ye, ade sesuatu yang saya nak hadiahkan dekat awak.. Tunggu sekejap saya pergi ambil di motor. Motor saya disana."

Syahrul berlalu pergi menuju ke motornya untuk mengambil barang yang dijanjikan.
Zalikha pula sabar menunggu kedatangan semula Syahrul sambil memperhatikan kelibat Acik yang akan keluar dari surau. Barangkali ramai orang yang sedang menunggu turn untuk solat.. Sebab itulah Acik masih belum keluar.

"Awak, maaflah.. Tak sempat nak balut.. Beu je beli tadi.."
Syahrul menyerahkan sebuah kotak cantik.. Zalikha membuka kotak tersebut lalu terlihat sebuah Teddy Bear berwarna oren. Walaupun agak kecil dan nampak murah, namun Zalikha kelihatan sangat gebira dengan pemberian tersebut.


"Awak... Terima kasih sangat2.. Tak sangka ada orang yang sudi belikan saya Teddy bear ini.. Ini pertama kali saya dapat Teddy bear, tau.." Zalikha tersenyum manja.

"Ini je yang saya mampu.. Lepas ni, boleh la awak peluk teddy itu erat2 ye.. Awak bayang kan yang awak sedang memeluk saya... hihihi" Syahrul bergurau nakal.

"Amboi.. naughty ye awak ni... Ape2 pun, saya suke sangat2 teddy ni... Em.. saya kene pergi dulu, mungkin kawan saya dah abis solat. Kalau ada masa dan peluang lagi, kita jumpe lagi ye.. Seronok dapat berjumpa awak... Seronok sangat2.."

Zalikha pergi meninggalkan Syahrul yang terpinga-pinga... Dia hanya mampu melambai tangan dan menghilangkan diri dari pandangan Syahrul.

"Hai Acik.. Lamanya kau solat kan.." sengaja Zalikha menegur Acik yang sedang duduk ditangga surau.
"Lama apa... aku tengah cari kau tak jumpe2... Eh.. apa kat tangan kau tu.. Mane dapat? Siapa bagi? Kau jumpe orang ke tadi, haa??" Acik mula menyiasat..

"Errrr... kau ingat tak tentang guy yang kacau aku ari tu.. Ala.. yang call aku banyak kali tu la... Ingat tak???" Zalikha mula ingin bercerita..
"Owh..... jangan cakap yang kau dah couple dengan budak tu.. Kau jangan.... Ni yang aku tak suke ni..." Acik memberi amaran..

"Eh... tak la.. Aku baru kenal dia.. Ni baru nak jumpe.. Tibe2 dia bagi teddy ni kat aku.. Ala, dont worry la, cik.. Aku tak de apa2 hubungan pun dengan dia..." Zalikha mempertahankan diri..

"Ala... mula-mula macam tu la.. Nanti2 bercinta la plak... Pstu ari2 nak jumpe... Lepas jumpe.. Nak wat benda lain pulak.. Aih.. Aku tak tau la, Ika.. Cume, berhati2 la... Kau tu budak baik... Tak pernah couple kn sebelum ni.. Aku salute kau sebab tu.. Aku harap kau tak menghancurkan respect aku terhadap kau tu, ye..." Acik memberi amaran lagi..


"Wah... sungguh pedas amaran kau tu ye, Acik... Aku pun harap xde ape2 hubungan antara aku dan dia... Just kawan je.. Lagipun dia duk kat Kedah, aku duk Seremban.. Mustahil la yang aku akan bercinta dengan dia... Kau doakan la aku ye.."

********************

mak pesan g kolej utk belajar..
bukan utk bercinta.. INGAT!



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...