08 June 2011

Cabaran Minggu 7: Satu Kisah Lucu



********************

Satu Kisah Lucu

Cerita ni telah bukanlah cerita asal dari saya tetapi telah diceritakan kepada saya oleh salah seorang rakan saya..

KIsahnya bermula begini...
Pada suatu hari di musim cuti sekolah, Mimi (bukan nama sebenar) dan keluarganya bercuti ke Pantai Port Dickson..
Mereka kesana dengan menaiki sebuah kereta yang mampu memuatkan 7 orang penumpang...
Ketika dalam perjalanan, mereka berhenti sarapan pagi di Perhentian Seremban...
Selepas membuat pesanan, bapa Mimi terus ke gerai bersebelahan untuk membeli surat khabar Metro..

Selepas sarapan, perjalanan diteruskan.
Mimi yang berusia 6 tahun baru sahaja pandai membaca dan mengira...
Biasalah, kanak2 yang baru pandai membaca mestilah excited nak baca apa2 sahaja bahan bacaan yang ada padanya...

Dalam diam si Mimi mengambil akhbar Metro yang baru dibeli oleh bapanya lalu membelek beberapa mukasurat dan berhenti di satu helaian.... Dengan kuat dia membaca,

"KONDOM ditemui di dalam kelas"
Namun begtu, tiada siapa yang mendengar apa yang dibaca oleh Mimi kerana pada masa itu, hanya Paksu Mimi sahaja yang masih berjaga kerana memandu manakala yang lain telah lena dibuai mimpi.....

Mimi bersuara lagi, "Paksu, KONDOM tu ape?? Adik tak pernah dengar pun.."

Paksu tersedak... ligat kepalanya berfikir utk memberi jawapan kepada Mimi yang memang sentiasa ada perasaan ingin tahu.... Setelah mendapat idea, Paksu bersuara...

"Laaa.... mimi tak tahu ke?? KONDOM tu sejenis kuih... Warnanya coklat.. Sedap tau.."

Mimi mengangguk tanda faham.....

*******************

Di sebuah gerai berdekatan Port Dickson...
Mimi sekeluarga makan malam bersama...

Mimi: Mama... Mama... hari ni Mimi taknak makan nasi la... Mimi nak makan bende lain..

Mama: Mimi nak makan apa, sayang??

Mimi: Mimi nak makan KONDOM....

MAMA dan lain2: Huhh~~~~ ???!!!???!!??!!

Mimi: Paksu kata KONDOM tu sedap sangat..

********************

PS: Kesimpulannya... Budak2 mmg suke mengkaji dan selalu ade prasaan ingin tahu...
ada benda yang tak perlu kita bagitau kt budak2 ni...
So, nak tipu pun agak2 la kn....
Takut diorang salah guna plak perkataan tu kt dalam karangan..
Tak ke naya kite... kih3...

KREDIT TO MY FRIEND yg PERNAH CITER PASAL NI....
At least bleh jd idea saya utk topik minggu ni...

^_^


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...