09 June 2011

Segmen Jom Ceciter... Edisi Permainan Masa Kanak2 Dulu..

Assalamualaikum kengkawan...
Hai semua.. Sihat tak??
Harap korang semua sihat wal afiat...
Aminn~~~





***********

Ari ni saya nak wat satu kelainan..
seperti mana yang pernah dibuat oleh kebanyakan blogger kt Malaysia ni..
Saya nak wt satu segmen...
Segmen ni pun hanya nak ajak kawan2 especially blogger2 sekalian utk kongsi citer ikut tajuk yang saya berikan...

Before that...
Jom ikut langkah2 dibawah ni...

Langkah 1: Letak Pic ni.. (sbg bukti penyertaan anda)


Langkah 2: Jom la follow saya, ye.. ^_^

(xpaksa pun...)

Langkah 3: Link kan entry anda kt comment di bawah ni..

Langkah 4: Jom la kongsi citer anda... xpayah panjang2..
Tak susah pun...
Just bgtau nama permainan tu, sedikit penerangan dan gambar (kalau ade)..


Tajuk:
"Permainan Masa Kanak2 Dulu.."
****************

Ok... sebagai tuan rumah.. Biar saya start dulu..
Masa kecik2 dulu, saya duk rumah flat...
Maknanya tak banyak sangat la permainan yang boleh saya main...
Tapi kebanyakannya permainan-pemainan ni saya main bersama kawan2 di sekolah..

Lets Check it OUT!

Permainan Jala Itik


Dimainkan oleh 3 org atau lebih..
2 org akan memegang tangan dan diangkat sedikit supaya kawan2 yang lain dapat melalui lorong tersebut.
Mainan ni ade lagu tersendiri:

“Jan-jan jala
Jala itik jala ayam
Berapa lubang kancil?
Seratus lima puluh
Singgah Cik Dayang singgah
Makan sireh mulut merah”

Sebaik sahaja lagu itu selesai dinyanyikan, ketua-ketua itu akan menangkap pemain terakhir yang sedang melintas.

Yang ditangkap akan memilih antara dua nama gelaran yang telah di tentukan oleh dua org pemain tadi...
Pemain-pemain tadi dikehendaki berdiri di belakang pemain yang mana namanya dipilih oleh ahli tadi dengan merahsiakan nama pilihannya kepada ahli yang lain.

Akhir sekali kedua2 kumpulan ni akan menarik tgn smpai la putus..
Group mana yg berjaya menarik lbih ramai ahli adalah pemenang.. ^_^

Permainan Lubang Tikus


Yang ni pun biasanya dimainkan oleh 3 atau lebih pemain..
Selalunya pemain mestilah berjumlah genap..
Game ni agak banyak stage nye..
(tp xberapa nak ingat.. hihi)


Main Masak-Masak

Permainan ni selalunya saya main bersama adik..
Kalau main berdua mestilah sorang jd mak, sorang lagi jadi anak tak pun jadi ayah..
Kadang2 permainan ni digelar main mak mak... (xtau plak kenapa)

Main Cikgu Cikgu

Permainan ni agak akademik ckit..
Tapi masa kecik2 dulu, saya suka main permainan ni masa cuti sekolah..
Sepanjang hari saya mengajar adik2 seperti berada disekolah yang sebenar..
Siap ade perhimpunan dan lagu sekolah yang direka sendiri lagi tau..
Lawak kan???

***************

Permainan2 ni tak la tradisional pun..
Saja nak kongsi dengan anda semua..
So, apa lagi.. JOM LA KONGSI CITER KORANG PULAK!

Manelah tau kot2 permainan korang masa kecik dulu lagi adventure kn..

PS: Saya sangat2 nak tau tntang permainan korang masa kecik2 dulu..






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...