20 September 2011

Angan2- Kenduri kahwin yang lain dari orang lain...

Assalamualaikum kawan2 smua..

SELAMAT PENGANTIN BARU...
SELAMAT BERBAHAGIA...
SELAMAT KE ANAK CUCU...
SELAMAT SEJAHTERA...

HIDUP MESTILAH LUHUR..
SABAR ITU PERLU...
CINTA SETIAP HARI...
SENYUM MESTI SELALU... HOHOHOHO~~~

**************************

Hihi.... Cm seronok je kan kalau berangan time2 tengah bosan ni...

Selalunya kalau ade kenduri kahwin, mesti ade event2 cmni kn::

1) Bunyi kompang mengarak pengantin masuk dewan/ khemah kahwin..
2) Ade tepung tawar pengantin..
3) Mesti bg bunga telur atau something else la..
4) Sometimes ade persembahan tarian..
5) Ade Video ttg pertemuan pengantin..
6) Ade org menyanyi utk hiburkan tetamu yg datang..
7) Upacara potong kek..
8) Upacara Amik gambar...

APA KATA KITA TUKAR...
SAYA NAK SATU MAJLIS KAHWIN YANG ORANG LAIN TAKKAN LUPA SAMPAI BILA2..

Majlis merisik, bertunang & nikah seperti biasa tapi....
Nak tukar sikit masa MAJLIS BERSANDING kt DEWAN...

Agak2 ape ye...

TEMA:: Kerajaan Melayu Melaka
PAKAIAN:: Tetamu perlu memakai pakaian Ala2 kampung atau ala2 kerabat diRaja atau apa2 yang berkaitan dengan zaman itu.....

Andaikan Majlis bermula pada jam 12 tengahari utk majlis persandingan..
Semua tetamu wajib sudah berada di dalam dewan sejam sebelum nye iaitu jam 11 pagi..

JAM 11 PAGI
Menyambut tetamu dan menunjukkan tempat duduk mereka...
Lampu ditutup pada jam 11.45 pagi...

JAM 12 T/HARI
Gimik dimana lanun2 menyerang kota melaka...
Lanun2 datang dari bahagian tingkat atas dewan dan turun menggunakan tali sambil membawa pedang..
Kemudian datang Hang Tuah 5 bersaudara melawan lanun2 tersebut.. 
Lanun pun mati... Ketua lanun ditangkap dan dibawa mengadap SULTAN..

LAMPU DINYALAKAN
Pengumuman ketibaan SULTAN di balairung...
Kelihatan pengantin masuk kedalam dewan sambil berpakaian ala2 Raja n Permaisuri...
Iringan lagu lama (nyanyian P. Ramlee)
5 bersaudara naik ke pentas mengadap Sultan sambil membawa tahanan (ketua lanun)...
Dengan penuh adat, Hang Tuah menyerahkan KERIS kepada pengantin sebagai simbolik majlis telah bermula...
Lanun dibawa kebelakang dewan (kononnya di masukkan kedalam penjara)

SETELAH PENGANTIN DUDUK
Persembahan pembukaan dari inang2 untuk pengantin...
Tepung tawar pengantin mengikut turn.
Hanya yang diumumkan saja yang dibenarkan keatas pentas...

SELESAI TEPUNG TAWAR
Pengantin berarak ke meja makan diiringi kanak2 berpakaian ala2 inang..
Selepas pengantin duduk, kanak2 tadi mempersembahkan pelbagai tarian sepanjang pengantin & tetamu yang lain sedang makan....


SELESAI MAKAN
Pengantin keatas pentas dan memberi ucapan (menggunakan bahasa di Raja)

SELESAI MAJLIS- pengantin dibenarkan berjumpa kawan2 yang datang... 

Heheheheehe~

Tp cm kelakar la pulak nak buat semua ni...

Well... it just angan2... 




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...