31 March 2012

Aku takut....

Aku takut melayan perasaan...
Sayu, pilu, hampa dengan diri sendiri..

Kahwin!!!

Perkataan yg betul2 membuatkan jiwa batinku terseksa....

Malu utk menyatakan apa sebenarnya yg tersimpan dilubuk sanubari ini...

"Ahhhh... Kalau ade jodoh, kite kahwin ye... Tp kalau xde nk buat macam mane.... Biarlah takdir yg tntukn sgalanye..," begitu mudah kata2 dia satu ketika dahulu pabila aku dan dia sdg rancak mmbina angan yang separuh impian mmbina sebuah keluarga yg bahagia....

Aku betul2 telah mnjumpai seorg lelaki yang berperwatakan hampir seperti babah.... Senyuman dan tawanya mampu membuatkan hati ini tenang dan senang ketika berada disisinya... Dia kelakar dan seringkali menghidangkan kisah lawak tak menjadi kepadaku... Walaupun begitu... Ia mampu membuatkan aku ketawa...

Dia adalah cinta pertamaku.... Ya... Aku memang buta segala benda pasal cinta... Namun cinta pertama yang telah aku temui sejak aku berusia 20 tahun ni mampu mengulit satu knangan yang sangat indah... istimewa... Apa tidaknya, hampir setiap minggu kami meluangkan masa bersama.. Berkongsi satu kisah suka dan duka... Tempat melepas stress tentang pelajaran dan bermacam2 lagi.. Wlaupun kami bukan satu U.... tp kami rapat...

Kisah cinta kami terpaksa berhenti ditengah jalan... Setelah menyedari tentang kemorosotan markah setiap semester, kami memutuskan agar hubungan kami hanya la sekadar kawan.... Atau dengan lebih senang lagi... BEST FRIEND.....

Pertemuan antara kami setiap hujung minggu terpaksa di kurangkan kepada 2 mggu skali dan akhirnya sebulan sekali....

"saya akan simpan awk dalam peti besi... Dan akan saya kunci peti besi tu seketat2nya.... Kunci tu akan saya simpan di tempat rahsia... Sampai satu masa... Peti besi tu akan saya buka dan kite akan bersatu.. InsyaAllah.."
Itulah kata2 terakhir sebelum kami terpisah dari gelaran pasangan kekasih..

Aku amat berharap agar apa yang dijanjikan itu dikotakan... Tp... Kita hanya merancang, Allah yang menentukan....

Sekarang usia ku telah mencapai 23 tahun.... Rakan2 yang sebayaku telah pun berumah tangga... Ramai juga yang telah mempunyai anak.. Namun ade juga yang telah bercerai dan kahwin lain... Paling kurang pun mereka sudah bertunang dan bakal menjadi milik orang...

Urhhhh.... Memang aku nak kahwin... Tapi aku belum jumpa calon.... Kalaulah mama dan babah ada calon untukku kan bagus... Cinta selepas kahwin pun tak kurang hebatnya jugak kan..... Tapi...... Nak ke mereka??? Ade ke yang nak anak diorang yang berperwatakan cm aku ni... Selalunya keluarga2 Tan Sri je yang ade cerita2 camni.... Hahaha....

Sebenarnya... Ingin sekali aku bertanya kepadanya "adakah hubungan kite ni hanya akan berhenti setakat sebagai kawan baik sahaja??? Berapa lama lagikah perlu saya tunggu utk awak?? 4 tahun??? 5 tahun??? Ahhh... Lama sangat tu..."

Aku cuma takut kau ada yang lain... Dan aku ternganga kesal kerana menunggu mu.... Kau bukan tak pernah curang terhadapku... Rahsia tu semua aku tau sendiri dari FB... ohhh... Dah lama kenal dgn cik N.. Siap ajak keluar main bowling lagi.. Sedangkan ketika keluar bersama ku, hanya karaoke sahaja yang kau setuju... Bila diajak berbowling, berpuluh alasan kau beri padaku.. Malulah konon sbb semua org nampak...

Dia dan N kekal tak lama.... Setelah beberapa bulan... Mereka lost contact... Okey... Aku mengaku... Cik N tu cantik, putih, matang dan mengikut citarasa mu... Aku sedar aku tiada wajah yang licin seperti dia...

Cerita lama usah diulang kembali... Mungkin itu semua hanya lah sekadar sebuah memori indah... Biarpun keluargaku sering bertanya setiap kali kau membuat panggilan telefon terhadapku... Yang mampu aku jawab hanyalah... "Dia kawan Along, ma"..

Entah mengapa... Kini.. Kau hanya call aku sekadar bertanyakan bagaimana nak apply kerja.... Paling tidak pun, kau meminta budi baikku untuk carikan krja melalui medium internet... Maklum lah, dia orang kampung... Mane lah kerap online seperti aku yang selalu sahaja online krana wujudnya kemudahan streamyx wifi 1gbps di rumahku... Alhamdulilah sebab mempunyai abah yang juga antara mereka yang lahir dalam Generasi Y...

"Anak jiran kite tu nak kahwin ujung tahun ni..." sapa mama terhadapku.. "oh... Yeke... Bestnye dia...." jawabku sedikit ceria tetapi hambar...
"Awak dah ada calon ke????" mama cuba bertanya...
"Errrrr.... Takde...."
Mungkin ada rasa hampa dihati mama... Sabar ye mama... Along belum bertemu lagi dengan jodoh along.... Biarlah masa dan takdir yang tentukan siapa yang bakal bertandang dihati ini...

Mungkin kah ia CINTA PERTAMAku.. Atau seseorang yang bakal menjadi CINTA KEDUA dan sekaligus menjadi CINTA SEPANJANG HAYATku???

Aku perlu tunggu dengan penuh kesabaran... InsyaAllah... Allah dah jadikan aku dengan extra tulang rusuk milik bakal suamiku.... Tapi... SIAPAKAH DIA???

Itu la persoalannya.....

•••••••••••••••••
Sekian.....
Luahan hati seikhlas2 hati...
Ayat agak dramatik sebab baru abis baca 1 novel... So, agak2 terikut sikit dengan ayat2 novel ni... Heyya... Nak tido... Good Night!!!!

Aku redha andaikata sidia juga terbaca luahan hati ini... Paling tidak pun, dia perlu terangkan kepadaku sampai mana hubungan aku dan dia dipenghujungnya...

Salam Blogger dari ku..
Wassalam......~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...