04 March 2011

Apakah kaitan cicak dan hari Jumaat???


"Please Kill Me Every Friday 'n' You Will Get Your Reward"

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Selamat Hari Jumaat...

Oleh kerana hari ini hari Jumaat,
Sengaja aku ingin berkongsi dengan anda semua tentang CICAK!!!!
Ye.. CICAK yang comel....

Pernahkah anda mendengar bahawa:
MEMBUNUH CICAK PADA HARI JUMAAT AKAN DIBERI GANJARAN PAHALA OLEH ALLAH S.W.T???

Masa kecil2 dulu, sewaktu aku berusia 9 tahun. Seorang ustaz pernah melastik seekor cicak didalam kelas ketika dia sedang mengajar kami matapelajaran Feqah di Sekolah Agama Abu Bakar As-Sidiq, Bangsar.....

Murid2 dlm kelas semua pelik dan tanpa ragu-ragu mengatakan yang Uztaz kami kejam sbb bunuh cicak....
Setelah melihat wajah anak muridnya yang sedang ke'confuse'an,
Terus dia menceritakan mengenai kisah CICAK dan RASULULLAH pada zaman Rasulullah dahulu....

Ceritanya begini:
Pada satu hari, Rasulullah S.A.W telah diancam akan dibunuh oleh Kaum Kafir Quraisy...
Maka, berhijrah la baginda ke satu tempat bernama Yatsrib (kini Madinah)...
Sebelum berhijrah, baginda singgah sebentar di rumah sahabatnya, Abu Talib untuk menginap.....
Namun begitu, rumah Abu Talib telah pun dikepung...
Maka atas kekuasaan Allah S.W.T, baginda Rasulullah berjaya keluar daripada kawasan yang dikepung itu....

Untuk mengkaburi mata orang yang mengepung rumah tersebut,
Ali bin Abi Talib telah menggantikan dirinya untuk berbaring di tempat baginda Rasulullah S.A.W agar tiada siapa yang sedar akan kehilangan baginda...



Rasullulah pada ketika itu terus menuju ke rumah sahabatnya iaitu Abu Bakar tapi melalui jalan yang berlainan arah... (ini adalah strategi baginda agar tidak dapat dikesan)
Kemudiannya, baginda terus bergerak ke Jabal Tsur bersama Abu Bakar untuk bersembunyi di Gua Tsur.....


Apa kaitan cicak dalam cerita ni???? (Sila baca lagi!!!)

Disaat Rasulullah dan Abu Bakar di dalam gua, Allah telah memberi pertolongan kepada mereka.
Allah mengutuskan malaikat untuk membuat sarang labah-labah agar menutupi pintu gua dan meletakkan sarang burung merpati yang terdapat burung merpati yang sedang mengeram telurnya di situ....

Tujuan: Untuk mengaburi mata pemburu Rasulullah....
Bagaimana: Pemburu-pemburu yang sedang mencari Rasulullah yakin bahawa Gua Tsur bukanlah tempat persembunyian baginda.. Ini kerana sekiranya Gua tersebut telah dimasuki orang, maka sarang labah2 akan rosak dan burung merpati tidak akan senang mengeram telurnya di situ.....

Namun begitu,
Ada lah plak seekor cicak ni...
Konon2 nya nak membantu Kaum Kafir Quraisy ni untuk memburu Rasulullah...
Bleh plak cicak ni dengan nyaringnya mengeluarkan suaranya dan mencuba memberitahu mereka yang Rasulullah memang berada di dalam gua tersebut...

Rasulullah dan Aku Bakar hampir terbunuh akibat CICAK ini...

Kesimpulan:

Sebab tu la, membunuh cicak pada hari JUMAAT adalah sunnah dan akan diberi ganjaran pahala bagi sesiapa yang membunuhnya... (tapi ingat... hari JUMAAT je tau)......


PS: Ade cicak tak kt dalam bilik korang????
Kalau ade, jom cari getah n lastik cicak tu...
Haiyaaaaakkkk!!!!!!
Amik kau cicak.......

1 comment:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...