22 May 2011

Cabaran Minggu 5: Wahai Pembuang Bayi, Bacalah Ini..



2 orang yang di tag:

Izh Wong
Nadim

*************************************

Assalamualaikum...
Bertemu kembali dalam cabaran 100 penulis untuk minggu ke-5..
Alhamdulillah atas nikmat Allah yang tak terbayar oleh kita...
Syukur kehadrat Illahi kerana dikurniakan seorang ibu yang baik lagi penyayang kerana berjaya membesarkan saya dengan tabah dan sabar dengan curahan kasih sayang yang tidak terhingga...

Tajuk topik Cabaran 30 minggu kali ni adalah

"Wahai Pembuang Bayi, Bacalah Ini.."

**********************************
Malang Seorang Anak

Dipagi yang hening, kedengaran tangisan seorang bayi.
Seorang suri rumah yang sedang mebuang sampah mendengar tangisan tersebut tersedu melihat ciptaan Allah yang serba lengkap dibuang begitu sahaja tanpa rasa simpati.
"Siapalah ibu kepada bayi yang malang ini, ya?"
Tanpa teragak-agak, bayi itu didukung dan dibawa ke pulang kerumah dan dimandikan bersih-bersih lalu dibawanya ke balai polis untuk dibuat laporan.

"Encik, selamat tengahari.. Bayi ini telah saya temui di kawasan pembuangan sampah berdekatan dengan rumah saya. Saya berharap agar encik dapat mencari ibu bayi ini dan minta dia bertanggungjawab atas kelahiran bayi ini.. Sebelum itu, bayi ini biarlah saya menjaganya. Ini nombor telefon saya. Jika Encik peroleh apa-apa maklumat mengenai pemilik bayi ini, jangan teragak-agak untuk call saya, ye...."

Setelah membuat laporan, pulanglah si ibu tadi kerumahnya...

***********

Di rumah, tiga anak kembarnya, Yana, Yati dan Yaya yang baru pulang dari tadika terus menuju ke arah ibu mereka. Dengan penuh kasih sayang, ibu tadi terus memeluk anak-anak kesayangannya itu..

"Anak-anak ibu, ada sesuatu yang ingin ibu katakan... Harap anak-anak ibu boleh menerima kata-kata ibu ini dengan hati terbuka, ya.."

Yana, Yati dan Yaya terkedu.. Dengan tiba-tiba mereka duduk mengelilingi ibu mereka kerana ingin tahu apa yang ingin disampaikan oleh ibu mereka...

"Tadi, ibu ada terjumpa seorang bayi lelaki di tempat pembuangan sampah.. Ibu fikir ibu mahu menjaganya sementara polis sedang mencari siapa ibu kandungnya.. Ibu harap kalian dapat bersama-sama menjaga bayi ini, ya..."

Wajah anak-anak berubah. Mereka seperti tidak suka dengan kehadiran penghuni baru di rumah itu..
tiba-tiba Yana, selaku KakLong berbicara, "kami tidak ada masalah, ibu.. Malah kami amat gembira kerana adanya bayi ini.. Cuma, kami harap ibu tidak terlalu menyayangi bayi itu melebihi kasih sayang ibu terhadap kami, ya.."

Si ibu tersenyum lalu membalas, " InsyaAllah, sayang... kasih sayang ibu hanya untuk anak-anak ibu.."



*********************************

Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun...
Polis gagal mencari ibu kandung bayi tersebut...

"Luqman...!!! Kenapa main mainan Yaya ni? Tau tak, mainan ni, ibu Yaya yang belikan untuk Yaya dan kakak2 yang lain... Bukan untuk Luqman..."

Luqman tertunduk lalu menangis... "Tapi Luqman nak main jugak.. Kita kan adik beradik, kene kongsilah mainan tu..."

"Ah!! Takde.... Luqman bukan anak ibu,k... Ibu Luqman jahat... Tinggalkan Luqman kt tempat buang sampah.. Ibu Yaya yang amik Luqman dan jaga Luqman tau.. Jangan ngada2 nak main mainan Yaya...."


Luqman terus menuju ke bilik ibu sambil menangis teresak-esak. "Ibu, Yaya kata ibu Luqman buang Luqman kt tempat buang sampah.. Siapa ibu Luqman, ibu??"

Ibu tersedu, tersenyap seketika. Keluarlah air mata keibuannya... Baru dia sedar, kini sudah hampir 6 tahun dia menjaga Luqman. Khabar berita mengenai ibu kandung Luqman tenggelam begitu sahaja.
Ketika Luqman berusia 6 bulan, dia dan suami mengambil keptusan untuk mengambil Luqman sebagai anak angkat hinggalah kini.. Namun, anak-anaknya yang lain amat sukar untuk menerima adik angkatnya itu...
Kehidupan Luqman setiap hari terpaksa dilalui dengan pahit..
Kakak-kakak kembarnya seringkali mengutuk dia dan ibu kandungnya yang dia sendiri tidak kenali...



Apakah salah dan silap anak ini sehingga dia dilayan sebegini??
Siapakah yang mampu memelihara anak malang ini??
Mengapa si ibu dengan mudah membuang bayi tanpa rasa bersalah atau berdosa??
Sanggup mereka membiarkan makhluk Allah ini dikelilingi sampah ketika saat dia dilahirkan dan terpaksa dianggap sebagai sampah masyarakat oleh penduduk setempat?


Wahai remaja yang sedang hangat dilamun cinta...
Jika cinta itu hanya untuk seks...
Tinggalkan lah cinta kamu itu kerana nescaya cinta seperti itu tidak akan kekal abadi..
Dan cinta seperti ini mungkin akan membawa kemudaratan kepada generasi yang lahir dari perutmu kelak...


Bercintalah kerana Allah..
Bercintalah kerana ingin menunaikan Sunnah Rasullullah...
Bercintalah kerana anda yakin bahawa anda akan dibimbing atau membimbing kejalan yang benar, bukan ke jalan yang salah dan menyesatkan....


Berdoalah, semoga Allah mempertemukanmu pasangan yang soleh dan solehah...
InsyaAllah~

**************

PS: Pertama kali menulis cerpen.. Cerita ni takde kene mengena dengan yang masih hidup atau yang telah mati.. BTW, tajuk minggu ni membuatkan hati saya tersentuh dan mengenangkan seandainya bayi itu adalah diri saya sendiri...
Betapa sukarnya saya menerima hakikat bahawa saya adalah anak luar nikah...

Alhamdulillah kerana dikurniakan seorang ibu yang baik dan penyayang~
Terima kasih mama.....



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...