04 November 2011

Buka Lembaran Baru_ November 2011

Assalamualaikum dan hye kawan2 semua..
Mau kongsi satu cerita...

Yup~ sudah agak lama saya tak meng'update' blog ni...
Rindu rasanye nak post cerita2 mnarik tentang diri saya...

*******

11 Oktober 2011 yang lepas, saya telah di'terminate'kan dari berkhidmat sebagai CSR kt TM... 
Sebabnya agak simple... Saya gagal dalam On Job Assessment.....
Agak menyedihkan sebab selepas tu saya perlu berusaha untuk mencari pekerjaan lain.
Walaubagaimanapun, saya tidak la terasa sangat sebab daripada 18 orang classmate saya tu, hanya 7 orang je yang lulus...
Ok... let gone be by gone....
LUPEKAN PASAL TU... KEGAGALAN tu satu ujian kan...

Agak2 seminggu lepas di'terminate'kan, saya mendapat tawaran suruh datang interview sebagai CSR ASTRO pula.... Actually, agak ramai coursemate dari UPM yang datang interview tu tapi malangnya saya tak PASS interview... Low COmmunication Skill maybe.... hurmm~~~

*****
19 Oktober 2011- Saya dengan rasminye telah memperoleh Ijazah dalam Pentadbiran Perniagaan.. Alhamdulillah~


Dalam minggu yang sama jugak, saya dapat banyak tawaran suruh datang interview seperti SME Factors, Citibank dan HSBC Bank... Tapi saya tak menghadiri interview2 tersebut sebab semuanya untuk jawatan SALES EXECUTIVE...
Hurmmm~ okey, saya tak terima sebab saya kurang suke mem'promote' produk...
Harap Maklum....

Pencarian kerja saya teruskan dengan menggunakan JobCentral, JobStreet, JobsMalaysia dan ManPower.
Ada juga yang melalui ahli keluarga seperti ayah dan mak sedara saya sendiri.
Alhamdulillah, tak berapa lama lepas tu, saya mendapat 2 tawaran yang datang sekaligus dimana kedua2nya adalah 'immediate vacancy'. 
Tawaran 1:: Cashier di Kafe Kilang... (TOLAK)
Tawaran 2:: Kerani Projek di KLIACS (TOLAK)
Tawaran 3:: Account Executive di Intertek Malaysia Sdn Bhd (TERIMA)


Yup.... Saya terima tawaran no 3 atas bantuan ManPower. Pada ketika itu, ManPower hanya menghantar saya seorang sahaja sebagai calon temuduga.
Saya ditemuduga pada hari Rabu yang baru je lepas (2 November 2011) iaitu tarikh yang sama saya menduduki ujian ulangan JPJ bahagian 2 (FAILED juga di bahagian bukit).

Ni antara perbualan saya dan penemuduga

Panel:: Tell me about yourself.

Saya:: Bla... Bla... Bla...

Panel:: Okey, untuk pengetahuan awak, position ni adalah secara kontrak tau.. Kontrak awak adalah selama 4-6 bulan.. Tapi kemungkinan besar, awak perlu stayback sehingga jam 10.30 malam. So, nasihat kami, memandangakan awak masih fresh dan tiada pengalaman kerja dalam bidang ni, peluang ni adalah amat sesuai untuk awak kerana dalam resume ni awak menyatakan yang awak bersedia untuk belajar (willing to learn). Kami bersedia memberi tunjuk ajar kepada awak.

Saya:: Baiklah, saya faham. Memandangkan jawatan ini amat berkaitan dengan bidang yang saya ambil di universiti tapi saya tiada pengalaman dalam bidang yang sama, saya bersedia memberi komitmen yang tinggi. Terima kasih kerana sudi memberi peluang ini kepada saya.

Panel:: Ok...Dalam resume ni awk kata awk duk di Seremban kn.. So, mungkin ada masalah untuk awak berulang alik dari Seremban ke PJ..

Saya:: Puan, saya pernah menyewa rumah di Pantai Dalam sebelum ni dan saya masih ada kawan yang tinggal di situ. So, sekiranya saya diterima bekerja, saya akan berpindah ke Pantai Dalam secepat mungkin.

Panel:: Baiklah.... Agak2 bila awak boleh mula bekerja??

Saya:: Secepat mungkin memandangkan saya tidak ada komitmen sekarang.

Panel:: Kalau macam tu, awak kene start esok. Boleh??

Saya:: Apa?? Boleh tak saya start lepas raya Haji ni??

Panel:: Awak kata secepat mungkin... kenapa perlu lepas raya?? Jangan risau, kami pun nak cuti jugak. Tak cukup ke cuti 2 hari yang akan kami bagi nanti?

Saya:: (Alamak, salah cakap daaa) Okey, saya boleh mula kerja esok. Malam ni jugak saya akan uruskan tempat tinggal saya.

Panel:: Baiklah, sebentar ye...
(Panel pun berbincang sesama sendiri..)

..........beberapa minit kemudian........

Panel:: Baiklah, sebenarnya, ada seorang lagi calon yang datang temuduga untuk jawatan yang sama pagi tadi. Memandangkan dia seperti tidak mahu memberi komitmen dalam pekerjaan ini, kami telah membuat pilihan untuk memilih awak. So, esok pagi kul 8.30 awak perlu berada disini dan boleh mula bekerja.

Saya:: Baiklah, puan.

Panel:: Okey, ada apa2 soalan yang awak ingin tanya kepada kami??

Saya:: Em, sebelum ni saya ada survey dalam google map.. Saya mendapati stesen LRT yang terdekat disini adalah LRT Asia Jaya dan LRT Taman Paramount. Puan rasa yang mana lagi senang untuk saya datang kesini? Ada bas ke dari LRT ke tempat ni. Saya datang kesini tadi dengan menaiki teksi.

Panel:: Okey, kat sini ada 2 orang yang menggunakan Public Transport. Memandangkan awak akan menetap di Pantai Dalam, so tiada masalah untuk awak datang kesini dengan menaiki LRT Universiti ke LRT Asia Jaya. Dari sana, awak boleh menaiki bas RapidKL Asia Jaya untuk kesini.

Saya:: Alhamdulillah, agak senang juga ye. Baik la kalau begitu.

Panel:: Kalau takde soalan lagi, kami ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi datang kesini. Apa2 perubahan, kami akan beritahu semula dalm masa 1-2 jam dari sekarang...

Saya:: Alhamdulillah, terima kasih, Puan.

I
I
I
V

Selepas sejam lebih, staff ManPower call..

Staff:: Hello, ni Hazirah ye..
Saya:: Ye, saya..
Staff:: Cmne interview tadi?? Okey tak??
Saya:: Okey. Saya akan mula bekerja esok pagi.
Staff:: Okey, tadi pihak Intertek Malaysia call saya suruh bgtau awak, jangan datang esok. Tadi diorang Psiko awak je sebab nak tengok sama ada awak betul2 nak jawatan ni atau tak..
Saya:: Ohooo.... yeke... Abistu bile nak start, kak??
Staff:: Awak boleh datang hari Selasa selepas Raya Haji ni... Sebelum tu, awak datang ofis ManPower di sebelah bangunan Intertek tu ye.. Saya nak uruskan gaji dan KWSP awk...
Saya:: Baik la... Alhamdulillah, lega saya mendengarnya.. Terima kasih ye, kak...

PERASAAN:: Happy sangat2 dapat job yang sesuai dengan course yang saya ambil. Lepas ni boleh la saya letak pengalaman kerja saya sebagai Account Executive ni dalam resume saya akan datang. Alhamdulillah, ade jugak company yang nak ambil fresh graduate seperti saya ni....
THANKS MANPOWER...

Kawan2 yang masih belum mendapat pekerjaan, saya syorkan korang semua Create Account MANPOWER kt cni::



*********

Yeah.... after raya haji, saya dah start keje baru...
tak sabar rasanye nak keje dalam ofis cm kawan2 yg lain..
WISH ME LUCK, K...!

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
Tata....


3 comments:

..eRma.. said...

tahniah ziera. dah grade dah kan. alhamdulillah dah dapat kerje dah pun. hehehe :))

I wong (依之汉) said...

Tahniah Ziera! Menarik cerita kamu tu. Heheh. Kalau kerja tu walaupun tak menarik nanti, cubalah kekal untuk 2-5 tahun. Ini nasihat daripada pensyarah aku la. Dia kata kalau fresh graduate ni suka lompat melompat. So bila dalam resume kata dalam masa ada 5 tahun pengalaman kerja syarikat berlainan. Nanti company ingat kita ni tak taat kepada satu-satu syarikat. Jadi bertahanlah yea kalau ada masalah apa2 ke nanti dalam syarikat tu.

Dugaan kerja.

Apapun, aku ucapkan semoga berjaya! :D

Ziera said...

Hoorraay!!! Terima kasih CW atas nasihat tu... Memang kalau diizinkan, aku nak stay 2-5 tahun.. tp keje ni keje kontrak... mmg nak gune aku utk 4-6 bulan je... sedih kan... hurmm~~~ xpelah... selagi ade rezeki.... alhamdulillah~

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...